MANILA : Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan 'gencatan senjata' segera terhadap pencerobohan di Sabah berikut gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Ban Ki-Moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.
Para Tentera Kita Bersedia Untuk Bertempur
Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahhari Khamis (hari ini). Kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABC-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai mengjormati gesaan Setiausaha Agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.
Beliau berkata, ini adalah 'untuk membalas seruan' PBB bagi memelihara nyawa'. Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam termasuk pendatang di rantau ini. Dalam pada itu, beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan 'gencatan senjata' bagi mengelakan lebih banyak kehilangan nyawa.
Kata IBM : Sekarang baru nak umumkan 'gencatan senjata?? Setelah nyawa anggota polis kita melayang, baru si bangsat ni kata nak buat gencatan senjata. Kenapa dari dulu lagi tak fikir akan akibatnya dan keburukanya? Bagi IBM, kerajaan harus tegas dan membuat syarat kepada penceroboh-penceroboh tersebut. Keluar dan undurkan segera para anggotanya dari bumi Sabah tanpa syarat. Kalau tidak teruskan operasi memburu saki-baki penceroboh yang menyembunyikan diri.
Apa yang IBM bimbangkan, itu hanyalah helah pencroboh agar mereka tidak diburu dan diserang. Sebaliknya, mereka akan menyusun stretegi untuk menyerang balas. Jangan sekali-kali kita tunduk di atas kehendak mereka. Mereka semua adalah manusia yang kejam dan memang sesuai di panggil lanun. Enough is enough. Apa sekali pun saranan atau nasihat dari PBB, hendaklah dengan kenyataan yang berbentuk hitam putih. Ini negara kita, negara kita dicerobohi, jadi, kenapa kita yang harus berlembut? Pembangkang mestilah suka, kan itu yang mereka mahu, keganasan dan hura-hura, betul tak? Jom kita fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN demi untuk kedaulatan negara kita yang tercinta ini. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No! no! gencatan senjata kepala hotak kau, kalau kt negara lain awal2 lagi dan mampos habis semua, kerajaan jangan jadi bingong, buru sampai habis puak lanun tak bertamaddun hapuskan mereka, negara kita, kita yang urus, lanun jangan nak tunjuk ajar.
ReplyDeleteSalam Terbey,
ReplyDeleteBaru ptg tadi DS Najib dan Zahid Hamidi menyatakan Malaysia tidak akan bersetuju dgn gencatan senjata. Anggota tntera kita kan terus memburu saki-baki lanun-lanun yg menceroboh di Lahad Datu. Malaysia hanya akan bersetuju sekiranya semau lanun-lanun tu meletakkan senjata dan menyerah diri dan mereka di hadapkan ke mahkamah tentera di Malaysia untuk di adili dan dihukum. itu baru Malaysia setuju. lain dari itu, sorry.