KERAJAAN Malaysia melalui kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi telah menolak pengisytiharan gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram III.
“Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,” demikian katanya sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Online
.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini sedang memantau perkembangan semasa di Sabah dalam kenyataan yang baru dikeluarkan sekejap tadi juga menyeru kumpulan pengganas Sulu yang dipercayai masih bersembunyi segera meletakkan senjata seterusnya menyerah diri tanpa syarat. ((Utusan Online)
PM juga mengumumkan Ops Daulat tetap diteruskan seperti biasa bagi membersihkan bumi Sabah dari saki baki kumpulan pengganas Sulu.
Ketegasan ini amat dialu-alukan oleh rakyat jelata memandangkan sebelum ini ruang yang secukupnya untuk menyerah diri telah lama diberikan kepada kumpulan pengganas Sulu tapi diketepikan begitu sahaja oleh mereka.
Sekarang bukan lagi masa untuk berlembut, darah yang sudah membasahi bumi Sabah dan pengorbanan 8 perajurit negara yang terkorban tempohari perlu dibalas dengan darah jua.
IBM Kata : Syabas dan tahniah diucapkan kepada PM kita dan Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi kerana tidak mengikut rentak dan kata penceroboh supaya genjatan senjata di adakan. Kita hapuskan dulu saki-baki penceroboh/lanun dari kesultanan Sulu, lepas tu baru duduk sembang. Bagi IBM, nyawa dibayar dengan nyawa dan darah dibayar dengan darah. Baru adil kan? Tentang ugutan/amaran dari Jamalul Kiram III bahawa akan ramai lagi anggota polis/tentera akan terkorban sekiranya Ops Daulat diteruskan, persyaitankan mereka. Kita ada kekuatan untuk mempertahankan negara kita.
Selamat berjuang kepada anggota polis/tentera, moga allah s.w.t melindungi korang semua dari mala petaka. Kejayaan sudah tentu berpihak kepada kita, kerana kita dipihak yang benar. Dari saya ~ IBM. Sumber : MyKMU.net
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment