Pages

Saturday, March 2, 2013

JENAZAH 2 ANGGOTA KOMANDO YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU AKAN SAMPAI KE IBU KOTA HARI INI


MARI KITA SEDEKAH AL-FATIHAH KEPADA MEREKA YANG TERKORBAN ~ 'AL-FATIHAH'

Kuala Lumpur - Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi ini. Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam ini.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira 9 pagi.Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun. Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.

P/S ~ Moga kejadiaan yang tidak diduga ini tidak berulang lagi. Ini bukan kehendak kita, dan jangan salahkan sesiapa didalam perkara seperti ini. Jangan kita ikut rentak pembangkang yang mempunyai sikap tak bertanggungjawab yang menyalahkan kerajaan dan pihak polis . Yang menyedihakan pula apabila pembangkang membuat tuduahan kononnya kejadian di Lahad Datu adalah sendiwara dan telah dirancang oleh UMNO. Sial punya statement, dan memang melampau dan kurang ajar. Kalau ia  pun nak mengambil perhatian rakyat kerana PRU ke-13 dah hampir, janganlah insiden pembunuhan ini dikatakan sebuah sendiwara. Mana le otak depa semua ni ye?

Inilah akibatnya bila ISA di mansuhkan. Mereka (pembangkang) boleh bersuara dan buat sesuka hati mereka. Jesteru, IBM rasa, elok beno le kerajaan mengkaji semula dan gunakan kuasa ISA kembali. Silapnya kerajaan kita ini kerana terlalu mengikut kehendak mereka. Sebenanrnya mereka ada agenda mereka tersendiri, iaitu agenda untuk mengulingkan kerajaan BN. Itulah hakikatnya. Maka, fikir-fikirkanlah dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment