Ulusan DS Najib Pencerobohan Bersenjata Di Lahat Datu :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.
"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.
"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
SUMBER : AntaraPos.com
P/S ~ Tahziah kepada keluarga 2 anggota keselamatan yang terkorban, dalam insiden ini, jasa dan pengorbanan mereka tetap dikenang. Amin!! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment