Pages

Thursday, January 16, 2014

AWAS!! "PEROMPAK HAMPER" PULA MUNCUL. BERHATI-HATI BILA TERIMA HAMPER ~ POLIS

KHAMIS, 16 JANUARI 2014

WALAUPUN  belum ada kesohehannya,  Polis telah mengeluarkan amaran berhubung mesej yang disebarkan di internet dan sistem pesanan ringkas yang mendakwa sekumpulan perompak telah pergi ke rumah-rumah kononnya untuk menyampaikan hamper kepada penghuni. Ini adalah tektik baru untuk merompak. Setakat ini, polis belum menerima apa-apa laporan dan boleh mengesahkan bahawa tiada kejadian seperti ini di Kuala Lumpur, itu kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa (gambar bawah kanan). Beliau berkata mesej yang tersebar adalah tidak benar tetapi menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan seperti ini. Adalah lebih baik untuk sentiasa berwaspada, terutama pada musim perayaan, katanya. Walaupun tiada laporan diterima, nasih pihak polis supaya kita sentiasa berwaspada dengan kumpulan seperti itu.

Mesej amaran telah tersebar mengenai kumpulan yang memasuki premis-premis persendirian atas alasan menghantar hamper dan kemudiannya merompak penghuni. Rompokan seperti ini telah berlaku di Kota Kinabalu pada Mac 2012 di mana 'kumpulan hamper' terbabit merompak seorang kakitangan kerajaan sebanyak RM30,000. Khabar angin tersebut menyatakan bahawa seorang pembantu rumah membenarkan perompak yang tidak mencurikan itu masuk ke dalam rumah dan kemudian perombak terbabit mengeluarkan pisau dan parang yang disembunyikan di bawah hamper.
Manakala, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan MCA Datuk Seri Michael Chong (gambar kiri) berkata beliau tidak pula mendengar sebarang kes 'perompak hamper' tetapi mengendalikan satu kes melibatkan penghantaran gas memasak. Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan mereka yang membawa hamper ke rumah. Perkara seperti ini mungkin boleh berlaku semasa Tahun Baru Cina, apabila terdapat banyak penghantaran hamper, amaran Chong pada semua. Dan, beliau sendiri telah memberitahu pembantu rumah saya supaya tidak membenarkan sesiapa masuk dan meninggalkan hamper di luar rumah. Begitu juga dengan  Pengasas Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia Mark Soh berkata dia juga tidak mendengar tentang rompakan ini tetapi menyedari kes-kes yang serupa melibatkan perkhidmatan kurier.
Apapun, ingatlah. Jenayah ada dimana-mana. Jenayah juga tidak mengenal mangsa. Apa yang perlu kita supaya sentiasa berhati-hati. Jangan dengan mudah membuka pintu atau pintu gate rumah dan mempelawa atau membenarkan  orang yang tidak kita kenali memasuki rumah kita. Jangan apabila melihat seseorang berdiri diluar pagar dengan 'hamper' besar, tanpa usul pereksa kita membuka pintu gate rumah kita dan membenarkan orang itu masuk. Siasat terlebih dahulu. Padah akan menimpa kita jika tidak berhati-hati.
Akhir kalam, IBM mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan 'Selamat menyambut tahun baru Cina' yang tak lama lagi akan diraikan (tahun kuda). Moga tahun baru ini kita mendapat lebih rezeki dan negara kita terus aman dan damai. Insyallah. Ikhlas dari saya ~ IBM


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment