Pages

Wednesday, January 15, 2014

PENJELASAN YANG TAK MASUK AKAL DAN TIDAK LOJIK DARI 'PUNAHSIHAT' DAN PAKAR UNDANG2 UMNO

RABU, 15 JANUARI 2014

GAMBAR diatas tu sudah membuktikan betapa busuknya hati cina PKR ni. Apatah lagi apabila kes samannya di tarik balik oleh Umno diatas kecelupuran mulutnya memperolok-olokkan insiden tembak-menembak di Lahat Datu satu konspirasi terancang Umno. Tu, gambar diatas membuktikan bahawa seorang isteri menjadi janda, anak-anak kehilangan bapa. Itu konspirasi ke? Sakit hati ini bila difikirkan.  IBM tak mahu nak komen banyak-banyak nanti IBM pulak di panggil oleh Ibu pejabat Umno, tunjuk surat sebab mengapa IBM begitu lantang mengkritik dan tak puas hati dengan penarikan balik saman Umno terhadap  dua eko pemimpin pakatan rakyat,Tian Chua dan Mustafa Ali.

Walaupun di portal umno-online edisi hari ini. KLIK untuk cerita lanjut, penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar) menjelaskan bahawa tindakan Umno itu dibuat berdasarkan keterbukaan Umno yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui akan kesalahan mereka dan sanggup berubah. Lojik ke alasan itu, dan bolehkah diterima pakai alasan tersebut bahawa pihak lawan akan berubah?? Dan, satu lagi, IBM dan ramai di kalangan ahli-ahli Umno di luar sana tertanya-tanya. Adakah Tian Chua dan Mustafa Ali mengeluarkan perkatan 'maaf' pada Umno? Tak terdengar pun perkataan 'maaf' itu dilafazkan oleh kedua-dua pemimpin pakatan rakyat itu.

Jadi, kesimpulannya, Umno je lah terhegeh-hegeh dan memaafkan mereka berdua. Adohai..kenapalah benggap sangat pemimpin-pemimpin Umno dan penasihat undang-undangnya ni?? Cerita pasal dendam, betul, Umno tak berdendam, tapi, apabila kita lihat cara pembangkang di akhir-akhir ini menentang dan mengkritik kerajaan, menampakkan mereka betul-betul bencikan BN/UMNO dan mereka terus berdendam dan berdendam. Dan bercerita pasal berubah seperti apa yang dijelaskan oleh Datuk penasihat undang-undang Umno, pastikah beliau bahawa pembangkang, khususnya dua eko ni akan berubah?

Tujuan IBM menulis buat kali kedua kes ini bukan kerana IBM bencikan Umno. IBM adalah hardcore dan orang Umno, bukan setakat ahli sahaja. Setia bersama parti, dulu, kini dan selama2nya. Tapi, bila isu ini sedang hangat diperkatakan, IBM tidak boleh terima langsung dan tidak wajar Umno bertindak sedemikan rupa, seolah-olah Umno sendiri mengkhianati ahli-ahlinya. Cukup...cukuplah akhir-akhir ini, kita orang-orang Melayu dihina, di perlekehkan oleh bangsa asing sehinggakan agama suci kita, agama Islam di persendakan. Ini kerana mereka (bangsa asing) sudah melihat akan perpecahan sesama kita orang-orang melayu.

Tidakkah pemimpin-pemimpin atasan Umno melihat dan membaca (seperti kerataan akhbar ini) bahawa ahli-ahli Umno memang sentiasa peka dan sensitif apabila maruah parti keramat, iaitu parti orang-orang melayu di hina, dicaci dan di persendakan?? Mereka begitu bersemangat mengutuk sekeras-kerasnya di atas kebiadapan si Tian Chua ini dan memberi amaran supaya jangan terlalu 'biadap dan celupar' dan mengambil keputusan akan bersama-sama dengan pucuk kepimpinan tertinggi Umo untuk mendakwa dan mengheret mereka ke Mahkamah dan menyaman mereka. Tiba-tiba.......saman tersebut ditarik balik, penyanggak-penyanggak tersebut di lepas dan dimaafkan.

Maka, marilah kita semua ahli Umno mengambil iktibar bahawa sekiranya, IBM ulang sekali lagi, jika ditakdirkan di PRU ke-14 akan datang, UMNO/BN tewas, tersungkur ke bumi, kerajaan pusat diambil alih oleh pakatan rakyat, maka,  jangan salahkan ahli-ahli Umno tidak menyokong. Kerana ianya berpunca dari kepimpinan atasan itu sendiri. Sendiri cari pasal, dan sendiri gali lubang. Itu je yang IBM nak perkatakan di sini. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

12 comments:

  1. Jangan terlalu apologetik la orang UMNO. Nanti kepala dihenyak-henyak dalam kubang babi pun masih berlembut. Saman tetap saman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mbigr10nov2010,

      Betul tu. Saman tetap saman. Maruah org Umno tercelar jika ianya diteruskan. Saya sebagai org Umno pun amat2 kecewa.

      Delete
  2. Orang UMNO ni tak ada yang jantan-jantan ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NutCrakeer,

      Ada, tapi kejantan mereka disalah gunakan di tempat lain. Memang memalukan Umno dan menjatuhkan mertabat org melayu jika saman itu di tarik balik.

      Delete
  3. Mungkin penasihat undang undang UMNO ni sendiri pun salah seekor yang pro pakatan ? Siapa tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ Labu8455,

      Bukan pro pakatan, tapi cuba nk jadi hero Umno utk mencari kedamian. Tapi, tak kena pada tempatnya. Lagi memalukan Umno ada le...

      Delete
  4. IBM, jangan la kita undi PR walaupun UMNO dah semakin teruk. Saya harap akan ada parti Islam/Melayu lain yg boleh ambil alih. Bukan PAS. Biarla JATI atau mana2 NGO Islam. UMNO dh layu. Sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ Cuk Cit,

      Tidak..tidak sekali IBM mengundi PR. Dikerat 44x pun IBM tidak akan undi PR. Apa yg IBM akan buat ialah utk tidak keluar mengundi kerana dah pasti Umno akan kecundang. Tentang JATI atau mana2 NGO yg akan mengantikan UMNO, kita tunggu dan lihat dulu....

      Delete
  5. Demi "kemegahan" pemimpin UMNO perlu berlembut.

    Ahli-ahli dan maruah bangsa Melayu tak penting.

    Hangat-hangat tahi ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ Hamdan,

      Memang hangat-hangat tahi ayam pun. Pemimpin2 atasan Umno buat hati ahli2nya panas dan hangat.

      Delete
  6. pemimpin umno tak jagapun hati ahli umno. yang perlu dijaga ialah hati pemimpin2 pakatan rakyat. biar bacul, biar pondan, biar bangsatpun takpe, asal dorang boleh terus mengejek dan memperolok umno. apa salahnya terhegeh-hegeh maafkan pemfitnah, walaupun sipemfitnah tak minta maaf. jiwa pemaaf adalah jiwa besar. pemimpin umno kebanyakkannya berjiwa besar, malah hampir semuanya besar. jika umno pulak yang disaman, tak payah la selesai luar mahkamah. kes mesti terus dijalankan dimahkamah. itu namanya demokrasi. pedulik hapa dengan panas hati ahli umno yg makin meluap2 dan nak meletup ni. lantak kamulah ahli umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ usin,

      Janganlah tension sangat. Relax bro. Kita tgk sejauh mana kebenarannya seperti yg dikatakan oleh penasihat undang2 Umno tu. Akan terjawab juga satu hari nanti sejauh mana keikhlasan pembangkang setelah dimaafkan oleh pemimpin2 Umno yg bengong dan tolol. Mereka sanggup meletakkan maruah bangsa melayu (ahli Umno) kat buntut depa demi utk perpaduan. Dan..kononnya mereka (pembangkang) dah sedar dan insaf akan kesalahan mereka. Puiii!! kena tipu hidup2 pemimpin2 Umno ni.....

      Delete