Berita yang mengembirakan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mengotakan janji-janjinya pada rakyat. Kena pada slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Kerajaan BN tidak akan berjanji jika ianya tidak ditepati. Itu yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Janji kita bukan janji kosong, kata Perdana Menteri.
Buktinya, bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini sehari lebih awal seperti yang war-warkan sebelum ini (23 Februari), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankkan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari. Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun Bank.
Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300. Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.
Tahniah kepada penerima-penerima BR1M. Jangan boros berbelanja. Gunakanlah dengan cara yang betul, berhemah, berjimat-cermat dan gunakan bila perlu sahaja. Walaupun secara lojiknya, bantuan ini bukanlah satu penyelesian kepada rakyat, tapi, sekurang-kurangnya dapat membantu bebanan kepada yang berpendapatan rendah. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment