Kerajaan terpaksa bertindak tegas dalam menanangi permasalahan tanda harga yang mana peniaga ambil acuh tak acuh seolah-olah isu tersebut tidaklah mendatangkan apa-apa yang boleh memudaratkan perniagaan mereka. Malah, para peniaga tersebut merasakan dengan tidak meletakkan tanda harga, mereka boleh memperolehi keuntungan yang lebih besar. Inilah ciri-ciri peniaga yang akan melingkupkan ekonomi negara. Rakyat pula menyalahkan kerajaan yang tidak peka dan prihatin di dalam menyelesaikan kemelut tanda harga yang agak keterlaluan dan sukar di kawal.
Menyedari akan pemasalahan tersebut yang telah lama berlanjutan seolah-olah tiada penghujungnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertegas dan memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar) berkata, pengguna boleh membuat aduan terhadap peniaga yang ingkar arahan itu supaya tindakan tegas boleh diambil termasuk pendakwaan di mahkamah. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau harga di pasar besar Kota Kinabalu dan pusat penjaja Inanam Point di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, sekiranya peniaga didapati menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Ada barangan terpilih yang berbeza harga, tetapi peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga yang tidak munasabah kalau di luar musim kawalan harga sekalipun…(mereka) tidak boleh naik harga sewenang-wenang, katanya. Beliau mengulas harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih yang berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan ‘Price Watch’ yang dilaksanakan oleh kementerian itu.
Menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin lalu, barang keperluan itu merangkumi barang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan. Harap-harap ianya berjaya dan para pembeli tidak lagi tertipu dan di tindas. Malaysia boleh, BN boleh! Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment