MALAYSIA tampil sebagai negara ketiga terbaik di dunia bagi mereka yang berada di luar negara untuk bersara, menurut laporan oleh InternationalLiving.com. Sekiranya anda yang tinggal di luar negara merancang untuk bersara di samping mempelbagaikan pelaburan atau menikmati tahap pengembaraan lebih tinggi, negara Panama, Ecuador dan Malaysia antara lokasi ideal bagi tujuan itu. Pengarang Eksekutif InternationalLiving.com., Jennifer Stevens berkata, tiga negara tersebut merupakan lokasi teratas menjadi pilihan pesara Amerika Utara pada 2014.
"Sebagai destinasi persaraan utama Asia, penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia yang meluas sebagai bahasa pertama tidak rasmi menjadikannya lebih mudah untuk pesara Amerika Utara. "Malaysia juga eksotik dan jauh tetapi sangat berpatutan," katanya. Menurut Jennifer, bercakap tentang tempat bagi meningkatkan gaya hidup tanpa mengubah bajet, Malaysia adalah negara yang membolehkan seseorang itu menikmati gaya hidup negara maju pada kadar AS$1,700 (RM5,603.20) sebulan.
"Negara berkenaan menawarkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang membenarkan warga asing untuk tinggal menggunakan visa sosial selama 10 tahun dan boleh diperbaharui. "Sekiranya anda berhijrah ke Malaysia yang merupakan destinasi pelancongan kesihatan, anda boleh bergantung kepada penjagaan sangat baik dengan kos bayaran kurang daripada separuh berbanding kadar bayaran di Amerika Syarikat (AS). "Tidak seperti negara lain di Asia, anda boleh membeli hartanah, tanah, rumah dan kondominium pegangan bebas di Malaysia," katanya lagi. [SUMBER : UtusanOnline].
P/s : Sememangnya nama Malaysia sudah terpahat lama dimata dunia. Dunia kini mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang kian membangun aman, damai dan kestabilan politiknya. Tapi, sayang, pembangkang dilihat cuba membutakan mata dunia dengan menyebarkan berita yang tidak sihat bahawa kerajaan sekarang ini (BN) kerajaan yang zalim, blaaa...blaaa dan banyak lagi fitnah yang mereka lemparkan kepada dunia luar.
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh pembangkang ini, semua sedia maklum diketuai oleh ketuanya, Anwar Ibrahim yang begitu terdesak, kempunan nak jadi Perdana Menteri. Maka, posting yang diatas itu jelas menunjukkan bahawa Malaysia sebaliknya. Berita yang memburuk-burukan Malaysia adalah dakyaah pembangkang. Fikir-fikirkan. Kalau senyum kambing bangga, IBM pun bangga kerana IBM anak Malaysia. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment