Pages

Tuesday, February 18, 2014

KHALID GEREJA MERAPU, MEROYAN DEMI PERTAHANKAN ANWAR..MEMANG BAHLOL!!

SELESA, 18 FEBRUARI 2014
KALAU adalah pertandingan berbahas ketagori 'Meroyan dan Merapu', pemenangnya dah tentu kepada pembangkang, for sure. Kerana apa, setiap isu yang mereka (pembangkang) cuba bangkitkan, akhirnya mereka akan merapu dan meroyan. Kadang-kadang lari dari tajuk.  Yang terbaru , apabila ramai pihak, seperti NGO dan kerajaan BN menyuarakan bahawa pilihan raya kecil PRK) DUN Kajang adalah satu pembaziran, maka melentinglah ahli mereka (pembangkang). Ekoran dari itu, ahli Parlimen Shah Alam naik angin mencabar BN supaya tidak meletakkan calon dan memberikan laluan mudah PKR menang tanpa sebarang perebutan kerusi.
Seperti biasa, Khalid Samad dengan caranya yang sombong berkata Pakatan Rakyat yakin calon mereka akan menang seperti dalam pilihan raya umum ke-13 lalu sekalipun meletakkan calon yang kurang dikenali sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh. Kebodohan Khalid terserlah apa beliau membuat perbezaan apa itu erti 'pembaziran'. Katanya, bila Lee Chin Cheh letak jawatan, tak payah bayar apa-apapun. Apa le bodoh punya statement wakil rakyat pembangkang seko ni. Bila letak jawatan mana kena bayar? Tapi, bila pilihanraya diadakan semula seperti PRK DUN kajang ini, barulah pakai duit. Dan, BN sudah tentu letak calon bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak kan nak bagi Anwar menang percuma. Bak kata Zahid Hamidi, lawan tetap lawan. 

Satu lagi kebodohan yang IBM nampak pada si Khalid ni. Penderiannya mudah, Katanya, BN tak payah letak calon, tak payah buang masa dan duit rakyat. Beri laluan mudah kepada calon mereka iaitu Anwar. Maksudnya menang percuma. Podahhh!. Itulah ucapan si Khalid bodoh yang dapat rakan karib IBM rakamkan semasa Khalid berceramah malam semalam di Padang Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan. Sambil itu, Khalid mencadangkan (samada gurau atau sindiran) jika BN masih mahu bertanding boleh mencadangkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang Anwar di Kajang. Di samping itu, katanya , BN boleh mengetengahkan dua lagi nama pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Noh Omar.


KATAKAN TIDAK PADA PAKATAN HARAM. RAKYAT SEJAHTERA BERSAMA BN

Kan merapu namanya tu. Seperti yang IBM katakan di atas tadi, pemimpin-pemimpin pembangkang ni suka meroyan dan merapu. Ini katanya advantage pada mereka (pembangkang) kerana jika BN meletakkan Noh Omar MP Tanjung Karang, dah tentu dia kalah dan hilang duit deposit. Dan, kalau tidak pun letaklah Najib biar kita hantar dia balik pergi Pekan. Begitu juga kalau letakkan Tun Mahathir. Dah tentu depa kalah, kata Khalid yang berceramah didepan penyoong-penyokongnya. Alahai, tak sampai 200 orang pun yang hadir pada malam itu. Jangan nak berlagak le Khalid.

Kalau pembaca semua masih ingat dan menonton siaran langsung debat isu "Kalimah Allah Dari Sudut Perundingan' (gambar seperti diatas) antara Khalid Samad dan Datuk Seri Noh Omar, memang ketawa kita semua dibuatnya. Khalid kena balun kaw-kaw oleh Noh Omar. Tak terjawab oleh Khalid Samad. kata tere benar. Macam budak-budak baru nak belajar  berdebat. Teruk Khalid malam tu. Memalukan dirinya sendiri dan Partinya, iaitu PAS. Kesimpulan yang IBM nak beritahu para pembaca sekalian, bahawa si Khalid ni bukanlah pemimpin/wakil rakyat yang cerdik, bodoh nak mampus. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment