Pages

Wednesday, February 12, 2014

FACEBOOKER "MAN NANBLAST' AKHIRNYA DITAHAN POLIS

RABU, 12 FEBRUARI 2014

INILAH akibatnya bila bermain api. Akhirnya membakar tangan sendiri. Perpatah melayu ini merujuk kepada seorang pengguna Facebook yang mengelarkan dirinya "MAN NANBLAST' nama samarannya di dalam akuan Facebook. Dik kerana tangannya yang  gatal, tanpa menggunakan otak yang ada membuat posting yang berunsurkan hasutan atau 'rasis' melalui Facebooknya.
Akibatnya, lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan kelmarin, Isnin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

JENAYAH CYBER JENAYAH CYBER JENAYAH CYBER JENAYAH CYBER
"Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia," tulis beliau di TwitterBagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi.
Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran 'Man Namblast' menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: "Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave." Bodoh. Memang bodoh si mamat seko ni. Buat apa nak caci agama orang lain? Kan cari penyakit namanya tu. Sekarang, ko tanggung le sendiri.
Ekoran dari itu, sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya. Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.
Itulah lain kali, berfikirlah dengan cara yang waras. Jangan salah gunakan kemudahan-kemudahan yang kerajaan adakan seperti lama sosial ini, iaitu facebook. Gunakan lah dengan bijak dan berhemah. Sebenarnya kita rakyat Maalysia beruntung kerana tiada sekatan menggunakan kemudahan 'Internet'. Tidak seperti di sesetengah negara lain yang mana kegunaan Internatnya terhad dan disekat.
Janganlah ini berlaku di negara kita. Fikir-fikir dan renung2kan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment