Pages

Friday, February 21, 2014

TERKINI!! Karpal Karam Singh Bersalah!!!

JUMAAT, 21 FEBRUARI 2014

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh, hari ini, didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman dan mitigasi pada 7 Mac ini.

Karpal, 74, menghadapi tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara jam 12 dan 12.30 tengah hari, pada 6 Februari 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan. [Sumber : BH]


P/S ~ Padan muka ko Karpal. Ingatkan dia ni kebal. Akhirnya lot juga. Hehehehe. Karpal Karam Singh mesti 'Bertaubat!'. Tapi, kena tunggu 7 Mac ini pulak baru tahu hukuman yang dia kena. Tak apa...tungguuuuuuu. Wasallam. ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment