Memang dah agak dah. Sebelum ini IBM dah dapat mengagak siapa calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh MCA. Kini ianya terjawab. Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn hari ini, Jumaat.
Untuk pengetahuan semua, Chew Mei Fun kini berusia 50 tahun, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Seperti yang kita semua maklum, hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac. Jadi, IBM rasa, pilihan tersebut adalah pilihan yang terbaik. Chew Mei Fun bukan kecik anak orangnya. Memang ramai yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja calon yang BN hantar akan menerima kekalahan kerana kononya Anwar begitu disukai dan diterima oleh pengundi-pengundi Di Kajang. Tak mengapa. Memang di atas kertas, Anwar calon pilihan. Tapi, kita tunggu pada hari mengundi nanti. Biar pengundi-pengundi di sana menentukannya.
Apapun, kita sama-sama berkerja kuat bagi mempastikan kerja kuat itu berbaloi dan mencapai kejayaan sekali gus kita kunci mulut Anwar yang begitu celupar dan terlalu konfiden bahawa kemenangan di pihak beliau. Kepada Datin Paduka Chew Mei Fun, jangan gusar dan takut sama Anwar Ibrahim. Lawan tetap lawan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment