SEMBANG SUKAN (BADMINTON)
KUALA LUMPUR: Selepas menjadi bahan spekulasi selama berminggu lamanya, pemain bergu badminton negara, Koo Kien Keat akhirnya benar-benar mengemukakan surat permohonan untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat. Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria (gambar kanan) mengesahkan yang Kien Keat, 28, telah mengemukakan surat perletakan jawatannya selaku pemain BAM selepas sesi latihan di Stadium Juara Bukit Kiara.
Petanda yang Kien Keat akan berundur dari BAM mula ketara apabila dia tidak muncul dalam sesi latihan pusat sebaik sahaja selesai cuti Tahun Baru Cina. Dia hanya kembali ke kem latihan dua hari lalu dengan alasan baru sahaja pulih dari sakit mata. Norza, tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu tersebut sebaliknya berkata perkembangan terbaru ini akan membantu badan induk itu menyelesaikan isu gandingan baru Tan Boon Heong.
Kien Keat dan Tan Boon Heong bergandingan selama lebih tujuh tahun. Bergu nombor satu negara dan nombor tujuh dunia itu menjadi bahan kritikan sejak akhir-akhir ini kerana prestasi turun-naik mereka dan kemuncak kepada kritikan itu ialah apabila mereka tewas di pusingan pertama Terbuka Malaysia bulan lalu. Kali terakhir mereka memenangi kejohanan utama ialah pada Terbuka Malaysia 2010.
Ini mendorong BAM untuk menguggurkan penyertaan mereka dalam kejohanan Terbuka Jerman yang bermula Rabu dan selepas itu kejohanan All-England 4-9 Mac depan. Untuk rekod pasangan Kien Keat-Boon Heong adalah pemenang Asian Games 2006, All-England 2007 dan Terbuka Malaysian 2010. Mereka juga adalah naib juara Kejohanan Dunia 2010 di Paris. [Sumber : mStar]
P/S ~ Nampaknya BAM terpaksa mencari pemain lain untuk berganding dengan Tan Boon Heong. Kepada Koo yang mungkin akan beralih ke team lain, diucapkan selamat maju jaya. Jasa mu semasa berada dikemucak bersama pasangannya Tan Boon Heong, akan tyetap dikenang. Kepada BAM, jangan terlalu memilih dan kurangkan sikit politiking di dalam BAM.
Sepekara lagi, cepat-cepat cari penganti pemain perseorangan no 1 dunia kita, Datuk Lee Chong Wei tu. IBM tak nampak buat masa ini siapa yang boleh mengantikan Datuk Lee Chong Wei. Usia beliau pun kian meningkat. Berapa lama lagi beliau boleh bertahan? BAM, fikir-fikirkan dan carilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penganti kepada pemain2 veteran yang akan bersara. Majulah sukan badminton untuk negra. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment