Pages

Sunday, February 23, 2014

TERKINI! 3 LAGI PENGIKUT TUHAN HARUN BERJAYA DITAHAN...

AHAD, 23 FEBRUARI 2014
PETALING JAYA: Tiga pengikut Tuhan Harun ditahan di sebuah Apartment di Papar, Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pegawai penguatkuasa agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek yang mati ditembak di Kuantan. Ketiga-tiga suspek yang menyembunyikan diri selepas kes pembunuhan pada 10 November tahun lalu, ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat di Melinsung Summer Bay Resort Apartment, 40km dari Kota Kinabalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata dua suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam insiden itu. "Kedua-dua suspek berusia 36 dan 27 tahun masing-masing berasal dari Johor Baru dan Kluang dipercayai terlibat dalam kes itu. "Siasatan mendapati lelaki berusia 36 tahun itu merupakan pemandu yang berjaya melarikan diri selepas insiden itu," katanya ketika dihubungi.
Hadi berkata, suspek ketiga berusia 33 tahun dari Bachok, Kelantan tidak terlibat dalam pembunuhan itu tetapi dikenali sebagai orang kuat Tuhan Harun yang dihantar ke Sabah untuk mendapatkan dana bagi kumpulan itu. "Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Kuantan dalam masa terdekat," katanya.
P/S ~ Hapuskan semua kalau boleh. Tahniah kepada PDRM yang sentiasa berkerja keras menumpaskan penjenayah  pengamal ilmu sesat seperti pengikut2 Tuhan Harun yang karut-marut dan yang menyesatkan. Dah tak ada kerja lain ke diorang ni nak buat. Biol punya orang.  Awas! Jenayah ada dimana-mana. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

    LIHAT BUKTI DI SINI
    LIHAT BUKTI DI SINI

    'Please Note'

    - Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

    - Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

    - Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

    - UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

    - UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

    - UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

    Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ CEO_Siber,

      Thanks for the info. I don't want to comment anything right now.

      Delete