Sunday, February 2, 2014

MAIS & JAIS SEKAT KEMPEN PERTAMA ANWAR DI KAJANG??

AHAD, 02 FEBRUARI 2014
Anwar Ibrahim tak sabar-sabar lagi nak berkempen di Kajang menjelangnya PRK N25 DUN kajang yang mana beliau adalah calon yang akan bertanding nanti. Tapi, niat Anwar untuk berkempen di hari pertama di situ telah di halang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kononnya, Anwar akan memberi tazkirah di sebuah Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lepas.  Sekaligus membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi Menteri Besar Selangor. Menurut kata sumber, pada pagi Jumaat itu, MAIS dan JAIS telah mendapat maklumat dan  akan menangkap Anwar dan seorang lagi sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah, kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty (gambar bawah) dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu. Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan Masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat. Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan. Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

Mengikut sumber lagi, pada mulanya pentadbiran  Masjid tersebut bersetuju namun selepas ditekan oleh pihak yang berwajib, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada MAIS. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain, kata sumber itu yang dipetik daripada The Malaysian Insider. Ini jelas bahawa Anwar begitu ghairah untuk turun padang sebelum tarikh PRK DUN Kajang diumumkan oleh SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya akan bermesyuarat pada 5 Februari ini. Anwar ada banyak cerita bohong yang hendak beliau sampaikan penduduk/penghundi di Kajang.

Kepada pengundi-pengundi di Kajang, mereka hars berhati-hati kali ini. Jangan tertipu lagi buat kali kedua dan jangan hanya berpaksi populariti calon seperti Anwar Ibrahim yang telah banyak menyusahkan rakyat semata-mata berpolitik untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata. Penduduk/penghundi di Kajang harus pandai membuat keputusan dan jangan hanya semata-mata bahawa negeri Selangor di terjui oleh Pakatan Rakyat (PR). Tapi, impak yang mereka dapat apabila tersalah memilih calon nanti, tuhan sahaja yang tahu.

Kita biar dan lihat sejauh mana keghirahan Anwar dengan team kempennya. Biar diorang tidak tidor malam dan pecah kepala memikirkan strategi apakah yang akan mereka lakukan untuk menabat hati prnduduk/pengundi di Kajang.  Kerana mereka sendiri yang cari pasal mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa memberi alasan yang munasabah. Tak sabar nak tunggu penggumaman dari SPR akan tarikh penamaan calon dan tarik mengundi di DUN kajang. Kita  BN tetap dengan prinsip  "lawan tetap lawan". Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...