WALAUPUN belum rasmi, desas-desus mengatakan bahawa MCA akan menyerahkan tiga nama untuk menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini. Dua daripadanya dikenalpasti Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon (gambar bawah kanan), dan bekas Timbalan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun (gambar bawah kiri), Itu mengikut satu sumber dari sebuah portal tempatan hari ini. Tak konfirm lagi.
Menurut sumber itu, calon Pemuda MCA dijangka menjadi pilihan apabila mengambil kira faktor sokongan, situasi politik dan kehendak pengundi. Pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera untuk bertemu pengundi kawasan itu, sumber itu dipetik. Laporan yang sama menyebut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN akan bermesyuarat sebelum akhir Februari untuk membincangkan persiapan pilihan raya itu.
Katanya, tarikh mesyuarat itu akan ditentukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimasa yang terdekat ini. IBM ada membuat tinjauan beberapa hari ini dengan beberapa orang kawan rapat dari MCA bertanyakan peluang kita iaitu Barisan Nasional (BN) pada PRK di DUN Kajang kali ini. Kata mereka, peluang ada, dan kalau kita berkerja kuat sebagai satu team/kumpulan dengan satu kaedah baru semasa berkempen, mungkin...mungkin upset boleh berlaku.
Kata mereka lagi, Anwar bukannya kebal, dia manusia biasa, ada kelemahan tersendiri dan terlalu banyak buat silap. Maka, kita sama-sama mencari segala kelemahan yang Anwar ada dan kita gunakan sebagai modal untuk menyerang Anwar. Apabila IBM ajukan tentang cadangan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Maslan untuk mengunakan 'isu seks' Anwar untuk dijadikan modal semasa kempen nanti, rata-rata mereka tidak bersetuju.
Itu kempen fesyen lama, dah lapuk dan tidak lagi relevan. Rakyat dah jemu dan muak dengan isu/skandal seks Anwar dan besar kemungkinan akan back-fire pada kita, BN. Ujar mereka. Maka, IBM nak ingatkan kepada semua jentera-jentera kita nanti, supaya berhati-hati dengan kempen kita kerana lawan kita itu bukan calang-calang orangnya. Beliau (Anwar) mempunyai berbagai-bagai wajah dan krektor yang boleh membuat pengundi-pengundi di Kajang terus simpati kepada beliau.
Ialah, sesumpah le katakan. Siapa tak kenal sesumpah. Bila-bila masa boleh bertukar warna. Apapun kita tunggu keputusan dari pihak atasa untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk balun Anwar di Kajang nanti. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment