Pages

Thursday, February 6, 2014

TALI HAYAT PR BERGANTUNG PADA PRK DUN KAJANG!!

KHAMIS, 06 FEBRUARI 2014

TAHU depa takut ye. Rata-rata dalam kem Pakatan Rakyat (PR) begitu konfiden Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan memenangi PRK DUN Kajang yang akan diadakan pada 23hb March akan datang. Tapi, tidak bagi Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua@Puaka yang menyifatkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang adalah 'penyambung hayat' kepada PR menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Menurut Tony, medan PRK DUN Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya. Namun, katanya, jika Anwar Ibrahim kalah di DUN tersebut, maka, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluki Putrajaya.

PRK DUN Kajang adalah batu lonjatan untuk PR. Oleh itu, risikonya sangat-sangatlah tinggi. Maka, katanya, mereka perlu berwaspada. Kerana, andaikata Anwar Ibrahim kalah, mereka terpaksa lupakan PRU-14, ubah strategi dan sebagainya. Maka, dengan ini, IBM beranggpan bahawa PR memang gentar untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN). Diberitakan sekarang, Anwar dan the gengs begitu aktif berkempen di Kajang. Maklumlah nak tambat hati para pengundi untuk menyokong kembali PR bukannya mudah. IBM pasti, Anwar telah mendapat fed-back yang agak 'negatif' dari pengundi-pengundi di DUN Kajang.

Maka, keluhan yang disampaikan oleh Tony Pua itu, eloklah kita sama-sama sematkan didalam dada kita. buatlah ianya sebagai titik pemulaan untuk kita bergerak dan mengerakkan jentera kita di Kajang. IBM mendapat maklumat, skuad pemuda, wanita telah pun turun padang meninjau dan berbicang untuk menyusun strategi bagi memenangkan calon BN (belum diputuskan), sekali gus kita tumbangkan bapak segala penipu (Anwar). InsaALLAH. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment