RISIKAN yang IBM buat dua tiga hari lepas, memang sah semua jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti bagi tahun 2014 pada bulan Mei depan. Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul (gambar bawah kanan) bagaimanapun berkata, calon bagi jawatan tertinggi (Presiden) hanya akan diketahui pada hari penamaan nanti. Jawatan itu sudah tentu ada untuk dipertandingkan. Sama ada terdapat orang bertanding atau tidak ia diluar kawalan jawatankuasa pemilihan parti.
Ini bermakna jawatan ini tetap ada untuk dipertandingkan. Siapa yang akan bertanding itu terpulang sampai hari penamaan calon, katanya pada sidang media hari ini (Khamis). Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan merebut jawatan tersebut yang disandang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan ismail. Menurut Johari, proses pemilihan akan diadakan pada 25 April hingga 11 Mei depan mengikut zon manakala hari penamaan pencalonan ditetapkan pada 29 Mac bagi jawatan peringkat pusat dan 4 April bagi peringkat cabang.
Proses pemilihan akan diadakan mengikut zon yang bermula dengan negeri Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 25 hingga 27 April depan. Selepas itu diikuti negeri Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei, katanya. Sementara itu, Johari berkata, pemilihan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei. Keputusan undian akan diketahui seawal 11 Mei sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya pada 13 Mei , jelasnya.
Bagaimana kalau Anwar tewas didalam PRK DUN Kajang pada 23 March ini? Adakah beliau akan bertanding jawatan Presiden melawan Wan Azizah isteri beliau? Desas-desus mengatakan, apa pun terjadi beliau (Anwar) tetap akan bertanding bagi jawatan Presiden kerana terlalu banyak keretakan dan masalah di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini. Apapun kita tunggu dan lihat.
Tak sabar nak tengok PKR lingkup dan tutup kedai. Hehehehe... Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment