Pages

Friday, February 14, 2014

PANAS BUNTUT NONYA TERESA KOK BILA DI SIASAT POLIS

JUMAAT, 14 FEBRUARI 2014
DIBERITAKAN semalam polis telah memanggil dan menyoal siasat nonya Teresa Kok setelah laporan demi laporan dibuat di seluruh negara berhubung dengan isu klip video kontroversinya yang berjodol "Onederful Malaysia CNY 2014" begitu hangat di perkatakan walaupun ianya kian reda. Dilaporkan, pucat juga bila nonya Teresa Kok di soal siasat dan ditanya beberapa soalan oleh pihak polis yang kononya dijawab dengan tenang dan berhemah oleh beliau (Teresa). Walaupun tenang ketika menjawab soalan yang diajukan oleh polis, tapi, jelas menampakan nonya Teresa Kok sedikit gementar. Tahu takut ye. 

Perjalanan cerita di dalam klip video tersebut yang dikatakan menghina orang Melayu, Raja Melayu dan Islam. Jadi, orang melayu mana yang tak marah dan melenting. Menurut sumber yang IBM dapat, nonya Teresa di soal selama satu setengah jam di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Dan kebanyakan soalan yang diajukan oleh polis ialah mengenai latar belakang video tersebut. Antara soalan yang diajukan ialah mengapa dan apa tujuan beliau membuat video berkenaan dan tiga watak dalam klip itu?  katanya, merujuk kepada watak-watak mahaguru “feng shui”.

Perjalanan cerita di dalam klip berdurasi 11 minit itu, Teresa membawa watak sebagai pengacara rancangan, menemu bual,  berbicara tentang Feng Shui dan mengusik tiga ahli panel berkenaan pelbagai topik termasuk sistem pendidikan, kos sara hidup yang meningkat dan isu keselamatan di Sabah. Jawapan Teresa kepada mereka (pegawai polis) bahawa setiap kali Tahun Baru Cina, beliau akan merakam video istimewa. Ia hanya untuk berseronok. Itulah mengikut kata naib pengerusi DAP itu. Disamping itu, IBM diberitahu, Teresa memuji  pegawai polis yang menyoalnya, begitu "mesra dan ramah" yang mana juga menyoal latar belakang peribadinya.

Atas insiden itu, Teresa disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menyebabkan kerosakan awam dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia atas penggunaan tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan tersebut. Dikhabarkan juga, pemimpin-pemimpin Umno dan NGO yang menyokong mengkritik video itu, dan IBM difahamkan lebih 300 laporan polis dibuat terhadap Teresa kerana didakwa menghina orang Melayu, Raja Melayu dan Islam. Sebelum itu, pada hari Selasa lepas, polis menyoal Lim Chin Miau, salah seorang pelakon dalam klip video yang penuh dengan sindiran itu dan dua pelakon lain berikutan laporan yang dibuat terhadap Teresa.

IBM juga diberitahu bahawa Polis telah menyoal empat orang ahli Majlis Jemaah NGO Islam yang mengadakan bantahan minggu lalu yang turut menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan wang tunai RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa. Jurucakap NGO itu, Zulkifli Sharif yang menegaskan tawaran itu masih berlangsung, mendakwa beliau dan tiga yang lain memberi kenyataan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dua hari lepas.

Siasatan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap NGO Islam tersebut menjurus kepada ingin tahu, dimana tempat protes itu diadakan, bila dan apakah tujuannya diadakan? Keempat NGO tersebut hadir ke balai tanpa ditemani oleh Peguam mereka. Amboi!! dah kebal sangat ke depa-depa semua ni? Apakah kesudahan isu nonya Teresa Kok ini? Jangan panik, tunggu dah lihat sahaja. Kerajaan kita adil dan tidak sekejam sepertimana yang di war-warkan oleh pembangkang bagi tujuan memfitnah. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment