Pages

Sunday, February 23, 2014

PRK KAJANG : PERBEZAAN ANTARA CHEW DAN ANWAR DIKACA MATA POLITIK...

AHAD, 23 FEBRUARI 2014

KITA semua sudah tahu siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan menentang Anwar di PRK DUN Kajang pada 23 March ini. Sebelum bermulanya PRK DUN Kajang ini, IBM nak mengajak para pembaca semua menilai dan mendekati lebih dekat akan calon BN, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun berbanding dengan ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. IBM mengenali Datin Paduka Chew semasa belia menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada PRU ke-12 tahun 2004. Boleh dikatakan IBM rapat juga dengan beliau dan tahu hati budinya dan memahami cara beliau berpolitik. Cukup komited dan bertanggungjawab. 

Rasanya, tak payahlah IBM nak terangkan atau ceritakan secara detil akan latar belakang Datin Chew ini. Cukup apa yang di ulaskan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong bahawa parti itu memilih Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon pilihan raya kecil Kajang kerana beliau sangat berbeza dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Politik Anwar politik kotor. Penuh dengan janji-janji kosong dan cakap tak serupa bikin, kata Wee yang membidas Anwar menurutnya telah berkata akan bersara jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya umum lepas, tetapi tidak berbuat demikian, sedangkan Chew telah menunjukkan sebaliknya. MCA meletak Chew kerana personaliti beliau sangat berbeza dengan Anwar.



Anwar ibarat seperti 'sesumpah' yang selalu bertukar warna Jika Anwar cakap beliau tidak akan bertanding, esok dia akan bertanding tetapi Chew kata, dia akan letak jawatan, beliau akan melakukannya walaupun ianya jawatan Menteri. Tapi, tidak dengan Anwar. Pakatan Rakayat (PR) tewas semasa PRU ke-13 lalu, kata akan bersara, tapi tidak berbuat  demikian. Jadi, Chew adalah seorang pemimpin yang buat seperti yang dijanjikan, bukan pemimpin yang buat tak serupa bikin, kata Wee (Gambar kiri). Chew meletak jawatan sebagai ketua MCA Wanita dan sebagai Timbalan Menteri pada 2010 selepas berjanji untuk berbuat demikian sekiranya Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi presiden parti, ekoran skandal seksnya.

Beliau kemudiannya terpilih semula sebagai naib presiden MCA selepas Chua melepaskan jawatannya tahun lalu. Sementara itu, Wee menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bahawa MCA meletakkan seorang wanita sebagai 'kambing hitam' di kerusi yang sukar untuk menang. Bagi IBM itu soalan yang bodoh dan tidak kematangan dalam politik namanya. Kalau begitu, tanya balik pada Zuraida @Mak Lampir mengapa PKR tidak meletakkan wanita (sebagai calon), bukankah itu peranan seorang Ketua Wanita? Bagaimanpun Chew sempat mengulas kenyataan Zuraida itu dengan berkata pencalonannya sebenarnya adalah satu pengiktirafan terhadap keupayaan wanita untuk menghadapi cabaran yang sukar.
    
Beliau berkata, memberinya peluang untuk berdepan dengan 'gergasi seperti lawannya' itu adalah satu tanda penghormatan terhadap wanita. Dalam pada itu,  IBM dapat tahu, Datin Paduka Chew diminta mengulas mengenai larangan terhadap empat media online daripada membuat liputan pengumuman pencalonannya di ibu Pejabat BN semalam, lantas Chew (kanan bawah dalam gambar) berkata beliau tidak tahu mengenainya kerana beliau sendiri ada bercakap dengan media online di sana. Beliau tidak tahu menahu mengenainya larangan itu). Tapi,  sebaliknya pula beliau tidak tahu mengenainya (larangan itu), tapi beliau ada ditemubual oleh Malaysiakini di lobi, kata Datin Paduka Chew. Sah. Ini merupakan unsur-unsur fitnah. 

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dalam gambar) yang turut hadir menafikan parti itu telah berkempen sebelum hari penamaan calon. Kami belum mula kempen, kami perlu buat persiapan di setiap stesen mengundi untuk menyemarakkan semangat (penyokong), katanya. Kesimpulan mudah sahaja. Peluang untuk BN menang di PRK DUN Kajang boleh dicapai sekiranya kita, BN mempunyai ciri-ciri semagat berpasukan, mencari satu keadah baru semasa berkempen, beri nafas baru pada calon kita, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mana ramai anggap adalah calon yang terbaik untuk membuat Anwar 'terkangkang' di Kajang nanti. 

Bagi IBM, Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon terbaik dan lebih dari Anwar Ibrahim. Selamat berjuang semua rakan-rakan di DUN kajang nanti. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment