Saturday, February 1, 2014

PRK N25 DUN KAJANG : BERI PELUANG PADA MCA, KATA TUN

SABTU, 01 FEBRUARI 2014
KATA orang, bila orang lama seperti Tun Mahathir Mantan Perdana Menteri mengeluarkan pendapat elok juga kita menilai kembali dan pertimbangkan akan cadangan yang beliau buat. Tak semestinya pandangan beliau itu betul atau mendatangkan kemenangan, tapi, sekurang-kurangnya kita duduk dan nilaikan samada ianya boleh mendatangkan munafaat kepada semua. Maka, IBM berpendapat, tak salah kita mendengara pandangan dari seorang yang begitu berpengaruh pada satu ketika dahulu.

Kepada rakyat/pengundi di Kajang, Tun menyuarakan kepada rakyat disana, mereka perlu memberikan peluang kepada MCA untuk berkhidmat dan mewakili mereka semula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, itu kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ujar beliau lagi penduduk Kajang perlu menerima dan melihat transformasi yang dilakukan oleh MCA yang telah berjuang bersungguh-sungguh dan bekerja keras selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun lalu.
 
Bagi beliau tidak ada apa-apa komen tentang MCA perlu letak calon atau tidak kerana itu terpulang kepada BN. Sekiranya ada ramai pengundi Cina adalah lebih baik letakkan calon MCA. MCA kini semakin mantap seperti dulu. Dari pandangan kaca mata beliau rakyat akan faham dan lihat MCA membuat 'come back' dan beliau rasa perlu beri MCA peluang, katanya ketika ditemui wartawan di Wisma MCA dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Dik kerana kemelut dalaman PKR yang menjadi misteri menjurus kepada perletakkan jawatan penyandangnya dari PKR, maka kerusi DUN Kajang dikosongkan bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh pada Isnin lalu meletakkan jawatannya. Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Tambah Tun M, Jika rakyat memberi peluang kepada MCA untuk melakukan yang terbaik demi memastikan kemenangan di tangan Barisan Nasional (BN), hasilnya juga kelak akan memberangsangkan. Barisan Nasional (BN) bertanding setiap masa, tidak kira di mana. BN harus bertanding ( sebab MCA reputasi jatuh), BN tetap sentiasa lawan, ujarnya. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menunjukkan kekalahan kerusi BN kebanyakan disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Jadi, IBM berpendapat masih ada ruang untuk diperbaiki dan peluang untuk BN menang masih ada. Oleh itu, rakan-rakan semua ayuh, kita tumbangkan Anwar di Kajang.  Jangan takut akan kekuatan Anwar di sana yang dikatakan KEBAL dan sukar untuk ditewaskan. Bagi IBM tiada istilah kebal disini. Anwar manusia biasa, boleh dikalahkan. Lawan tetap lawan. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...