Pages

Tuesday, February 18, 2014

SAH! ERRA FAZIRA DAH BERGELAR 'JANDA' BUAT KALI KE DUA

SELASA, 18 FEBRUARI 2014
PERGOLAKAN rumahtangga aktres popular Erra Fazira, 39 dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin  akhirnya selesai apabila pelakon itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam. Hak penjagaan anak perempuan mereka diberikan oleh pihak mahkamah kepada Engku Emran yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Digest. Memetik laporan portal Berita Harian Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emra itu selepas kedua-dua pikah bersetuju berpisah secara baik.

Engku Emran ketika dihubungi melalu sistem pesanan ringkas Whatsapp memberitahu, “saya sebak but keadaan saya ok”. Permintaan untuk menelefon juga tidak dilayan Engku EmranPlease don’t” (tolong tidak perlu). Erra dan Emran mendirikan rumahtangga  pada 10 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. Kemelut rumahtangga mereka mula menjadi perhatian pihak media sejak kebelakangan ini namun kedua-duanya mengambil langkah mendiamkan diri.

Spekulasi mula timbul yang mereka tidak sefahaman dan tidak lagi tinggal sebumbung. Baik Erra mahupun Engku Emran pernah tampil membuka mulut untuk menjawab khabar angin itu. Pihak media menghormati permintaan kedua-dua pihak untuk tidak mencampuri urusan rumahtangga atas dasar ianya cukup peribadi. Sebelum ini Erra yang merupakan seorang model, pelakon, penyanyi dan bekas ratu cantik Malaysia ini pernah mendirikan rumahtangga dengan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim. Cubaan Yahoo Malaysia untuk menghubungi Erra buat masa ini tidak berjaya. [Sumber : Yahoo News].
KOMEN DARI IBM :

P/s : Sabar je lah Erra. Dah jodoh tak panjang nak buat macam mana. Teruskan kehidupan demi masa depan anak perempuan seorang tu. Mungkin ada diluar sana tu ramai yang berkenan nanti. Membesarknya adalah tanggunjawab bersama walaupun korang dah berpisah. Dan, walaupun sudah bercerai, saliturahim jangan diputuskan, jadilah kawan baik demi kerana anak. InsALLAH tuhan akan merestuinya. Cihh wah macam ustaz le pulak IBM ni..hehehehe. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment