Wednesday, February 5, 2014

TERKINI!! ANGGOTA POLIS KHAS DITEMBAK MATI......APA MOTIFNYA??

RABU, 05 FEBRUARI 2014

JENAYAH


Gempar bila seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan semalam (Selasa). Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

Ditemui pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket. Mangsa belum berkahwin. "Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya. Khairi berkata motif pembunuhan masih disiasat. Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
P/S ~ Bahaya sekarang ni bila anggota polis bergerak seorang diri. Musuh mereka menanti dimana-mana dan bila-bila masa sahaja boleh 'strike'. Senoneng dengan slogan Polis sendiri. "Awas Jenayah ada dimana-mana" ~ IBM
Sumber berita : Harian Metro. Terima kasih.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...