30 Kakitangan PKNS Holdings Dipecat Tanpa Sebab
SIAPA yang tak terkejut tiba-tiba sahaja terima surat pemberhentian kerja. Maka, tertanya-tanya le kita. Kenapa aku diberhentikan, apa salah aku dan bermacam-macam persoalan timbul dikepala otak kita. Apatah lagi, hilanglah segala punca rezeki yang mana itulah mata pencarian bagi menampung ahli keluarga. Aduh. Sedih amat sedih dan bercampur geram. Apapun, isu pemecatan ini amat memeranjatkan dan ramai yang beranggapan ianya satu penganiayan.
Apakah isu sebenarnya yang menjurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin (semalam)??. Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi Selasa selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria (gambar). Seorang wakil pekerja terbabit, berkata mereka berasa amat terkejut dengan pemecatan itu berikutan tiada sebarang perbincangan diadakan sebelum ini dan menganggap pemberhentian serta-merta itu menganiaya mereka.
Kejutan yang mereka terima semasa hadir bekerja hari ini ibarat penganiayaan malah tiada alasan kukuh. Pemberhentian ini betul-betul menyusahkan mereka yang rata-rata pencari nafkah utama keluarga. Kata wakil itu lagi, apa yang mereka amat kesalkan adalah sehingga saat ini, mereka semua masih tidak tahu mengapa mereka diberhentikan sedangkan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap syarikat malah mereka sanggup berkorban masa dan tenaga demi membangunkan PHSB, katanya kepada pemberita semalam (Selasa).
Wakil tersebut, Dr Alif, yang juga merupakan Pengurus Kanan Pemasaran PKNS, berkata menerusi surat berkenaan mereka hanya dimaklumkan mengenai pemberhentian dibuat selaras dengan perubahan dan hala tuju PKNS dalam menyusun semula organisasi dan sumber manusia termasuk PHSB. Katanya alasan pihak pengurusan syarikat itu dilihat tidak dinyatakan secara terperinci terutamanya proses penyusunan semula itu sedangkan prestasi PKNS berada dalam kedudukan yang baik malah mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit.
Beliau melontarkan soalan. Apa salah mereka sehingga diberhentikan serta-merta dan jika ada salah, mengapa tidak diberikan surat tunjuk sebab ataupun adakan siasatan dalaman. Jika mereka hilang punca pendapatan begini, bagaimana pula nasib keluarga yang mereka tanggung?. Antara objektif kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat dan kami bekerja keras membantu PKNS menjana pendapatan demi bantu rakyat lain, tapi ini balasan yang PKNS bagi pada kami dan adakah ini negeri berkebajikan yang dicanang kerajaan Selangor, katanya.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan pemecatan itu dan berharap pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dapat menyatakan sebab pemecatan dan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Ada sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa ini adalah tempias KONFLIK antara khalid gagap dan Azmin baru-baru ini. Itu yang IBM dapat dari rakan-rakan dalam PKNS itu sendiri. Yang selainnya belum pasti. Bagi IBM, Khalid Ibrahim mesti bertanggung jawab dan mesti selesaikan isu pemecatan ini dengan segera. Politik dan masalah perbadi letak tepi. Jangan kakitangan awan jadi mangsa politik kotor yang diamalkan oleh mereka-mereka ini.
Kesimpulannya, kepada pihak yang berkenaan, siasat, jangan tak siasat. Jangan terlalu kejam kepada sesama manusia. Lu cari makan, gua pun cari makan. Faham-faham je ayat IBM tu ye! Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
masa duk dalamperkhidmatan berlagak nak mampus,macam PKNS bapak dia punya.Sekarang kena berhenti macam2 lah pulak,bagi lah orang lain merasa tempat tu pulak.
ReplyDeleteibm ~ profit
DeleteKesian pulak rasanya. Dah bertahun2 duduk kat situ, tiba2 kena buang. 24 jam pulak tu. Besar benar ke kesalahan yg depa buat tu?...