KALAU jadi, kemungkinan terjadi pertandingan 3 penjuru di pilihan raya kecil (PRK) DUN kajang pada bulan March depan. Sudah terdengar desas-desus bekas rakan sepejuangan Anwar dalam PKR, Datuk Zahid Ibrahim akan bertanding, mencuba nasib di Kajang nanti. Sudah tentu PRK di Kajang nanti akan lebih meriah dengan kehadirn nama-nama yang agak terkenal juga, seperti Datuk Zahid selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cuma, calon Barisan Nasional (BN) yang belum diumumkan lagi.
Sumber yang IBM dapat hari ini, Jumaat, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau 'tertarik' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai calon bebas. Katanya, mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara.
Terdapat juga dalam blog Datuk Zahid yang mana beliau menulis bahawa beliau amat seronok tetapi ia lebih baik untuk bercakap dengan individu sebenar secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka. Menurutnya berbual dengan pengundi Kajang turut menguji penerimaan beberapa idea yang beliau cadangkan. Seterusnya ia boleh digunakan sebagai maklum balas kepada pembuat dasar.
Anda boleh melayari blog Datuk Zahid Ibrahim (www.zaid.my) kalau ingin mengetahui akan perkembangan politik beliau seterusnya. Untuk peringatan anda semua, Datuk Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan parti Kita. Katanya untuk mencari kebebasan bersuara dan tidak mahu terikat dengan kerenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu mengamalkan kronisme didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kita tunggu nanti. Pertandingan di PRK DUN Kajang seperti pertandingan adik lawan abang dan di impit oleh pembangkang Selangor, iaitu Barisan Nasional (BN). BN pembangkang?...memang betul apa. BN kan pembangkang di Selangor. Diatas kertas memang Anwarlah jagunya dan dijangkan menang, tapi, politik, macam-macam boleh berlaku. Tungguuuuuu ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment