Pages

Sunday, March 2, 2014

NASIHAT SYABAS, JANGAN CUCI KERETA GUNA AIR BERSIH. BERJIMAT-JIMAT SIKIT....

AHAD, 02 MARCH 2014
PETALING JAYA: Pengguna air di Lembah Klang dinasihatkan untuk tidak mengguna air bagi tujuan yang tidak penting seperti mencuci kereta dan lain-lain lagi sehingga arahan catuan ditarik balik. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, air yang dirawat sepatutnya digunakan untuk tujuan kritikal sahaja seperti minum, memasak dan mandi. "Kami telah mengulangi mesej ini di televisyen, radio dan akhbar, Oleh itu kami berharap pengguna akan memainkan peranan mereka dengan tidak membuang air yang berharga sesuka hati," kata Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred .
Bagi pengusaha mencuci kereta yang telah mencuri air untuk operasi mereka, Alfred berkata, Syabas akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan. "Mereka menafikan hak pengguna sah, bekalan air sangat berharga ketika ini dan kami akan mempergiatkan operasi terhadap mereka, " katanya kepada The Star.
P/S ~ Betul kata Syabas tu. Berjimat-jimat sikit. Jangan membazir air di ketika kita sedang menghadapi musim kemarau. Tak mati pun kalau tak basuh kereta. Ambik sebaldi, lak je. Selesai masalah walaupun tidaklah sebersih mana. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

1 comment:

  1. Salam. Tolong linkkan blog http://cicitpawangali.blogspot.com/ . Tk!

    ReplyDelete