AHAD, 02 MARCH 2014
SHAH ALAM – PRK Kajang dijangka mendedahkan lebih banyak keburukan PKR dan calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar kanan) berkata, percaturan PKR untuk meredakan kemelut parti itu bukanlah satu pilihan yang bijak. Menurutnya, perkara ini terbukti apabila satu demi satu perkara baharu didedah bekas rakan baik Anwar. “PRK ini bukan sahaja akan membuka lebih banyak pekung mengenai kemelut antara Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi mengenai masalah dalaman pentadbiran negeri itu.
“Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon bebas menentang Anwar bakal menimbulkan banyak isu menyentuh mengenai peribadi Anwar dan kepimpinan PR,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Puad berkata, kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kelmarin membuktikan PR tidak telus dalam urus tadbir mereka. “Walaupun Anwar yakin menang di Dun Kajang, namun imej dan integriti PR akan semakin tercalar dengan cerita-cerita buruk itu,” katanya. Terdahulu, Rafizi mendedahkan Zaid pernah melobi parti untuk mendapatkan projek dalam kerajaan negeri Selangor.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar kiri) berkata, kehadiran Zaid sedikit sebanyak mampu menggugat Anwar untuk menang selesa. “Ini perkembangan menarik, apabila pemimpin PKR dan bekas pemimpin PKR masing-masing menuding jari antara satu sama lain. “Rafizi dilihat berusaha untuk menutup mulut Zaid dari terus mendedahkan lebih banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR,” katanya. -SH.
P/S ~ Memang parti PKR ni akan lingkup tak lama lagi. Kata orang lain jahat, korapsi, tapi, mereka lagi teruk dari apa yang disangkakan. Bak kata orang, pari PKR ni indah khabar dari rupa. Berlagak seperti hero, kononnya depalah pembela rakyat. Habuk pun tarakkk. Kesian rakyat Selangor depa tipu. Jadi, PRK DUN Kajang ni, nak bagi kat PKR (Anwar Brahim) lagi ke? Fikri-fikirkan...Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment