SABTU, 22 MARCH 2014
Amboi, cakap besar PKR ni ye. Tak apa, kita tunggu dan lihat pada hari minggu ni. Kita tengok sapa yang kena. Begitu yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti besar berbanding PRU-13. Malah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meramalkan, parti itu akan menerima undi luar biasa daripada pengundi sebagai tanda sokongan kepada 'Langkah Kajang' yang mereka. PKR mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah menang...menang bukan dengan majoriti biasa, tapi luar biasa.
Malah Azmin dan PKR mendoakan agar calon Barisan Nasional (BN) (Chew Mei Fun) hilang wang deposit, itu kata si Azmin yang diibaratkan seperti 'Mat Jening' ketika berucap di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam semalam, Jumaat. PRK Kajang menyaksikan Wan Azizah bertanding dalam saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Selain itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merayu agar pengundi DUN Kajang memberi kemenangan kepada PKR bagi mengekalkan penguasaan mereka di kerusi berkenaan. Katanya, calon mereka calon yang hebat dan diuji. Mereka mahu menyaksikan Kajang kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.
Ye le Azmin. Kita tunggu dan lihatlah nanti. BN tidak menaruh harapan untuk menang besar, tapi, cukup sekadar menang dan akan mengotakan janji kepada rakyat Kajang bahawa nasib mereka akan terbela sekiranya BN diberi mandat dan halau PKR dan Pakatan Rakyat dari Kajang. Tungguuuuuu! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment