WALAUPUN tewas, tapi tewasnya BN bermaruah. Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi. Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.
Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824. Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.
P/S ~Tak malu pun BN kalah di PRK DUN Kajang. Sebagai underdog, BN berjaya mengurangkan majoriti undi supaya PKR tidak menabik dada. Apapun tahniah kepada calon kita, Datin Paduka Chew Mei Fun, petugas-petugas BN yang bertungkus lumus untuk memenangi DUN Kajang, tapi, itu kehendak rakyat di Kajang, maka kita terima sahajalah dengan semangat yang tinggi. Kalah tak semestinya kita kecewa, malah ada hikmah di sebaliknya. Kini, kita tumpukan pula kepada PRK di Sarawak, DUN Balingan. Sama-sama kita doakan agar calon BN memperoleh kemenangan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment