Pages

Monday, March 24, 2014

TEWAS DI PRK DUN KAJANG, CHEW MEI FUN TIDAK KECEWA TERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA

ISNIN, 24 MARCH 2014
WALAUPUN  tewas, calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun menerima dengan hati terbuka kekalahan beliau pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang menyaksikan lawannya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi. Menurut Mei Fun, beliau serta jentera BN memang dari awal lagi menyedari bertanding di Kajang yang sememangnya diketahui sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan satu tugas mudah dan terbukti, Wan Azizah berjaya meraih undi simpati daripada orang ramai. Namun, jelas Naib Presiden MCA itu, kekalahan berkenaan tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau sebaliknya akan terus memberi fokus bagi membantu barisan kepimpinan baharu MCA untuk menjayakan transformasi sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Saya hormati keputusan yang telah dibuat pengundi Kajang. Terima kasih kepada mereka yang undi saya. Kita dari awal lagi tahu ini bukan tugas mudah tetapi telah berusaha sebaik mungkin tetapi Wan Azizah berjaya raih undi simpati, katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di Bukit Angkat, di sini malam ini. Wan Azizah meskipun berjaya meraih kemenangan dengan jumlah undi 16,741 undi mengatasi Mei Fun yang memperoleh 11,362 undi tetapi menyaksikan penurunan jumlah majoriti undi dipercayai ada kaitan dengan tindakan penyokong Pas melakukan protes dengan tidak keluar mengundi. Pada pilihan raya umum lalu, bekas wakil rakyat Kajang yang meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah, Lee Chin Cheh, bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding memperoleh 19, 571 undi walaupun melibatkan pertandingan enam penjuru.

P/S ~ Bagi pandangan IBM, kemenangan Kak Wan Jijah adalah kerana undi  simpati, bukan kerana beliau seorang calon yang wibawa. Apapun tahniah kepada Datin Paduka Chew Mei Fun dan seluruh petugas2 dan jentera BN yang bertungkus lumus untuk memenangkan BN, tapi, itulah percaturan politik. Kekalahan ini bukan bererti rakyat menolak BN. mengurangkan majoriti PKR sudah cukup bermakna dan ianya menunjukkan bahawa PKR dalam bahaya pada PRU ke-14 nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment