Pages

Monday, April 21, 2014

BPL : THE REDS TERUS UNGUL DIPERSADA LIGA

ISNIN, 21 APRIL 2014
PENYERANG Liverpool, Luis Suarez mencetak 30 gol musim ini dan Rahim Sterling turut membantu The Reds mengukuhkan  kedudukan teratas liga selepas menang 3-2 ke atas Norwich, malam tadi, Ahad. Liverpool mudah meraih gol seawal minit keempat menerusi Sterling sebelum Suarez menambah satu gol lagi minit ke-11 permainan. Permulaan yang teruk buat Norwich, namun mereka bangkit pada babak kedua cuba mengejar jaringan menerusi Gary Hooper minit ke-54. Bagaimanapun Sterling sekali lagi menambah koleksi jaringannya pada minit ke-62 bagi melengkapkan gol ketiga The Reds.

Norwich tidak berputus asa cuba memecah benteng pertahanan Liverpool dan akhirnya mereka berjaya menambah jaringan kedua melalui Robert Snodgrass minit  ke-77. Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan Liverpool mencatat kemenangan sebelas kali berturut-turut dan meninggalkan lima mata daripada pencabar terdekat Chelsea. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu di Anfield Ahad ini.
P/S ~ Kemenangan malam tadi, liverpool kian menghampiri kejuaran Liga yang telah lama tidak dimenanginya. Kini berbaki tiga lagi perlawanan, harap Liverpool teruskan kemaraan. Insyallah. "You'll Never Walk Alone". Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. aku dah lama tunduk malu kerana sebagai penyokong the red, sentiasa duduk ranking tengah. asyik kena kutuk kengkawan penyokong man u. ini kalilah, padan muka kau man u, chelsea, arsenal, spurs dan man city. bukan bongkak dan sombong tu, saja lepas perasaan sebab musim depan mungkin the red tidak sehebat musim ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Kali ini rezeki kita. Insyallah The Reds akan jalan tegak, tidak lagi tunduk malu, kena buli oleh fanatik2 MU. This is our turn. YNWA!

      Delete