Pages

Monday, April 21, 2014

SETELAH SARAWAK, KINI SABAH JUGA MENGHARAMKAN CINA PKR SEKO NI MEMASUKI SABAH. ADUHI KESIANNYA!

ISNIN, 21 APRIL 2014
Walaupun al-kisah Cina PKR seko ni yang dihalang dari memasuki Sabah dah berlalu dua-tiga hari lepas, IBM sengaja paparkan lagi untuk berkongsi dengan anda yang terlepas pandang akan hal kesah   dan kerenah pemimpin PKR yang terlalu rasisi ini. Begini ceritanya :

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang hari ini dihalang masuk ke Sabah setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam dua petang tadi. Beliau dipercayai mahu ke Kota Marudu bagi meninjau program pemilihan PKR yang dianjurkan oleh Datuk Seri Lajim Ukin. Chua yang dikenali sebagai Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak pada hujung bulan lalu bersama Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.Kedua-dua mereka ditahan di pejabat Imigresen Sibu sebelum diusir keluar dari negeri Bumi Kenyalang itu.

Chua menerusi akaun Twitter memohon maaf kepada warga Sabah kerana tidak dapat hadir ke negeri itu. Beliau pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada jam 3.30 petang tadi. “Pegawai imigresen berkata larangan saya ke Sabah oleh ketua menteri masih kekal. “Saya diiringi oleh pegawai imigresen ke balai berlepas dan menaiki pesawat AirAsia pada 3.30 petang,” katanya menerusi akaun @tianchua. Chua menyifatkan minggu ini malang baginya kerana bukan sahaja telefon dirampas polis tetapi turut kehilangan rakan seperjuangan, Karpal Singh dan kini dihalang pula memasuki Sabah.

Beliau dihalang memasuki Sabah mengikut Seksyen 65(1) (a) Akta Imigresen 1959/63 di mana pihak berkuasa negeri mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya untuk memasuki Sabah. Alahai, kesiannya. Salah Umno juga ke? Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. kt sabah ada umno. masa tak boleh masuk sarawak salah umno jugak ke? masih tak sedar jugak ke bahawa sifat rasis dan biadapnya menyebabkan terlalu ramai manusia benci dan tak dikehendaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Puak2 ni mana reti bahasa. Kena pada btg hidung depa, salah Umno..semua salah Umno. Sial punya pembangkang....

      Delete