Pages

Sunday, April 6, 2014

ISYARAT DIKESAN 'KONSISTEN'. ADAKAH ITU KOTAK HITAM PESAWAT MH370??

AHAD, 06 APRIL 2014
ISYARAT yang dikesan oleh kapal peronda China yang mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi adalah "konsisten" dengan jenis yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston yang mengetuai pencarian itu. Agensi berita rasmi China, Xinhua pada Sabtu melaporkan bahawa pengesan kotak hitam di atas kapal China itu memperoleh isyarat pada frekuensi 37.5kHz. Akustik peranti Beacon di dalam air yang melibatkan kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit MH370 berfungsi pada frekuensi itu, kata jurucakap Honeywell Aerospace, pengeluar kotak hitam bagi pesawat yang hilang, kepada AFPKetua Laksamana Udara Angus Houston yang mengetui pusat penyelarasan agensi bersama bagi pencarian itu berkata, bentuk isyarat yang dilaporkan "adalah selaras dengan kotak hitam pesawat itu".

Beberapa objek putih turut dilihat terapung di permukaan air, kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan itu, yang katanya menurut satu kenyataan JACC. Beliau bagaimanapun memberi amaran: "Tiada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek berkaitan dengan pesawat yang hilang." JACC dalam satu kenyataan pada Ahad, ia mengulangi bahawa isyarat itu belum disahkan. Sebanyak 10 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal yang melakukan pencarian di kawasan 217,000km persegi di perairan kira-kira 1,700 km barat laut Perth, Australia, hampir sebulan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing. - AFP
P/S ~ Teruskan mencari. Jangan putus asa. KIta buktikan kepada pembangkang bahawa kerajaan komitted menanangi masalah kehilangan pesawat MH370. Ini ketentuan dari Allah SWT, bukan di pinta atau main2 seperti yang didakwa oleh pembangkang haram jadah yang menyalahkan kerajaan akan kejadian misteri ini. Sial punya pembangkang! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment