MAHKAMAH jatuhkan hukuman. Kedua-duanya disabitkan bersalah. Tetapi ketika Karpal Singh mengosongkan kerusi pengerusi DAP sementara menunggu rayuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya bertanding jawatan presiden PKR. Dan antara sebabnya, menurut tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin (kiri), ia semata-mata ekoran ketua pembangkang itu tidak mahu dilupakan. Selepas hilang kelayakan daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang ekoran keputusan kes liwat, dia (Anwar) harus menang kerusi presiden PKR untuk terus mempunyai legitimate claim pada parti.
Jika dia masuk penjara sekali lagi, dia akan masuk sebagai presiden PKR. Untuk seorang lelaki yang dipetik sebagai berkata, 'saya tidak takut masuk penjara', Anwar sebenarnya takut dilupakan,” tulisnya di blog. Kadir juga menyifatkan pertandingan antara Anwar dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai “drama politik dan tidak masuk akal” Disebut-sebut sebagai "Segambut move" (Langkah Segambut), ia dispekulasi bagi mengelakkan orang nombor dua dalam PKR Azmin Ali dari mara mengambil alih tampuk kepimpinan.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"