BERITA di bawah ini jelas menunjukkan betapa lemah dan tidak berpengalaman Pakatan Rakyat bagi mengendali isu air di Selangor. Rakyat sudah cukup menderita kerana rumah mereka tiada air, begitu juga kepada peniaga-peniaga Restoran dan peniaga-peniaga kecil merungut perniagaan mereka terjejas disebabkan kekurangan bekalan air. Dan ada juga berita yang tak sedap didengar bila ada beberapa kilang yang terbesar di Selangor ini mengugut untuk menutup operasi kilang mereka dan berpindah ke tempat lain dan berkemungkinan ramai pekerja-pekerja kilang yang hilang perkerjaan.
Tidakkah ini merupakan mala-petaka bagi negeri Selangor dan kenapa pemimpin-pemimpin di Selangor buat indah tidak indah bagi menyelesaikan masalah air ini. Malah, mereka mendahulukan politik yang mana pemilihan parti Pakatan Keadilan Rakyat Selangor sedang sibuk berkempen dan menjalankan pemilihan parti mereka. Jesteru, mereka belakangkan masalah air dan dahulukan peri hal politik mereka. Ini yang dikatakan kerajaan berkebajikan? Berkebajikan taik kucing depa. Apapun korang fikirlah sendiri. Harap pada PRU ke-14 nanti, korang tidak tertipu dan ditipu lagi. Buka mata, buka minda anda semua. Wasallam.
JANJI-JANJI KOSONG DARI KHALID GAGAP :
[HULU SELANGOR: Paras air di empangan Sungai Selangor mencatatkan sedikit peningkatan selepas berada di paras kritikal iaitu 40% beberapa bulan lalu. Sehingga 8 pagi Isnin, paras air di empangan tersebut mencecah 40%, menurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60% air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Aida Isa, 20, penduduk Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru yang tinggal dekat empangan tersebut berkata, hujan kerap turun di kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu lalu selepas musim panas yang panjang.
"Kami mengalami gangguan bekalan air selama dua minggu tetapi situasi kembali normal," katanya. Tinjauan ke empangan itu menunjukkan tompokan rumput tumbuh di sekitar kawasan empangan. Pada 31 Mac lalu, paras air di empangan itu adalah sekitar 36.53% manakala pada Rabu, ia meningkat kepada 38.97%. Beberapa empangan lain turut menunjukkan peningkatan paras air iaitu Sungai Tinggi mencatatkan 62.6%, Klang Gates 58.49% - meningkat dari 62.05% dan 54.24% masing-masing pada minggu lalu. Selangor mula mengalami catuan air pada awal Mac lalu.
Pada minggu lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan catuan air akan berakhir pada minggu ini sekiranya usaha Selangor mengepam air kolam ke dalam Sungai Selangor membuahkan hasil dan keadaan hujan berterusan. Pakar bagaimanapun, memberi amaran akan berlakunya musim panas kering selama lima bulan bermula Jun ini. Di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata catuan air tidak akan dihentikan segera. "Jika dan bila catuan air berakhir, ia akan dilakukan secara berperingkat. "Juga, keputusan untuk mengentikan catuan air sedang dibincangkan," katanya kepada pemberita semasa sesi taklimat mengenai isu itu pada Isnin].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment