Pages

Tuesday, April 29, 2014

PEMILIHAN PKR LAGI TERUK. PENUH DENGAN PENIPUAN. KIRA UNDI DALAM BILIK HOTEL. APA PUNYA PARTI NI?

SELASA, 29 APRIL 2014
Gambar diatas dan bawah ini jelas menunjukkan betapa kotornya pemainan politik PKR. Jika selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan dan suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu kira undi termasuk dakwaan kononnya berlaku 'blackout' di beberapa kawasan ketika proses kiraan undi pada PRU-13 lalu. Kini, 'paku buah keras' sudah kena pada diri sendiri. Entah disengajakan atau tidak...tapi kejadian 'blackout' itu benar-benar berlaku. Ini berikutan pengakuan Jawatankuasa Pemilihan Pusar PKR mengesahkan berlakunya bekalan elektrik terputus di loakasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak lalu mencetuskan kekecohan. Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan. 
PEMILIHAN PARTI KELENTUNG RAKYAT (PKR) PENUH DENGAN PENIPUAN

Ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pendalaman, tiada loakasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel berkenaan. Sehabis waktu pilihan raya, petugas dan wakil daripada calon bawa ke dalam bilik untuk pengiraan, dan ketika itu tiba-tiba terputus bekalan letrik, kata Johari pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya. Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dua wakil calon pergi ke bilik berkenaaan dan mendapati kertas untuk berselerakan. Ketika mereka sedang buka tong undi dan mengira, kebetulan bekalan elektrik terputus.



Terdapat dua calon majlis pemilihan pusat yang datang untuk memastikan pengiraan, tetapi mereka terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu dibuka, katanya dan menambah, insiden itu kemudiannya mencetuskan kekecohan. Mereka ambil gambar kertas undi berselerakan, lalu mereka mendakwa wujudnya unsur penipuan, katanya. Johari bagaimanpun berkata, pihaknya akan melakukan penyiasatan segera berhubung perkara itu. Itulah penipuan besar-besaran dari parti PKR yang mengelarkan diri mereka pejuang rakyat. Tapi, sebenarnya mereka berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri. Kesimpulannya, pemilihan PKR kali ini memang penuh dengan penipuan. Tanya pada pemimpin-pemimpin PKR, kata mereka, mana ada. Sapa nak mengaku berak tengah jalan, betul tak? ~ Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment