Pages

Friday, April 11, 2014

PENANGAN DADAH : DUA LELAKI DI HUKUM GANTUNG (EDAR DADAH)

JUMAAT, 11 APRIL 2014
GEORGE TOWN: Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dibicarakan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lepas. Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar pembelaan oleh kedua-dua tertuduh iaitu P.K. Saravana Kumar dan Ung Sing Seng serta mengambil kira kepentingan awam. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravana Kumar, 33, dan Ung, 50, dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 266.8g dan monoacetylmorphines seberat 19.9g di Mutiara Court, 33-02-02, Lorong Delima 20, Green Lane, di sini pada pukul 10.20 malam, 23 Mei 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Kedua-dua mereka diperintahkan membela diri pada 20 Dis 2013. Selain itu Zamani juga memerintahkan Saravana dan Ung menjalani hukuman penjara selama setahun bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 23 Mei 2011, terhadap dua lagi pertuduhan memiliki racun berjadual. Bagi pertuduhan itu mereka didakwa memiliki racun berjadual iaitu kafein seberat 42,117.2g dan klorokuin seberat 294.9g tanpa permit dan kebenaran sah daripada pihak berkuasa di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, Saravana dan Ung didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam S. Rethinakumar. 
P/S ~ Padan muka. Nak jadi kaya cepat le tu. Tapi sayang, pengedar seperti dua eko ni hanyalah barua kepada sendiket penjualan dadah yang mana Tokeh besarnya hanya goyang kaki, tak payah turun padang. Yang nahasnya ialah pengedar2 seperti dua eko ni yang kantoi, tertangkap dan akhirnya  ke tali gantung. Belum pernah kita dengar tokeh besar atau king of dadah ini di tangkap. Pihak berwajib kena berbuat sesuatu. Hapuskan dan hancurkan sendiket dan pengedaran dadah dari bumi kita ini. Negara aman, rakyat sejahtera tanpa dadah. Wassalam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment