Pages

Wednesday, April 30, 2014

POLIS BERKAS BALU DISYAKI AHLI MILITIAN

RABU, 30 APRIL 2014
Tak fahamlah dengan tabiat rakyat Malaysia sekarang ni. Apa lagi yang mereka tak puas hati dengan pemerintahan kerajaan yang ada sekarang ini. Dan tak faham apa yang mereka mahu dan marahkan sangat dengan kerajaan yang ada sekarang? Mereka sanggup menjadi anggota militan dan cuba membuat perancangan untuk menyertai misi jihat di beberapa buat negara dan Malaysia sendiri. Seperti berita dibawah ini, kan dah kantoi. Seorang balu berusia 55 tahun menyertai kumpulan militan.

Dah gila ke apa dia ni. Apa yang  si balu seko ni dapat? kepuasan, nak jadi popular? Bagi IBM ini semua kerja gila. Apapun tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak Polis yang cekap dapat mengesan kumpulan militan ini yang dianggap sangat-sangat merbahaya kepada negara dan negara luar. Jangan beri muka dan ruang kepada rangkaian pengganas seperti Al-Qaeda dan JI ini bertapak di negara kita yang tercinta ini. Kita rakyat Malaysia cintakan kedamaian, bukan keganasan. Wasallam ~ IBM

[HULU LANGAT - Seorang lagi suspek ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan mirip pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) yang diberkas polis dalam beberapa siri serbuan di Selangor dan Kedah, kelmarin. Balu berusia 55 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan di kawasan Keramat, Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang semalam. Berikutan penahanan wanita berkenaan, jumlah ahli kumpulan yang dipercayai membawa fahaman ‘Salafi Jihadi’ itu kini meningkat kepada 10 orang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan penahanan itu berkata, pihaknya yakin ada saki-baki ahli kumpulan tersebut yang masih bebas.

Beliau turut mengesahkan kumpulan yang mirip rangkaian pengganas Al-Qaeda dan JI itu mempunyai perancangan untuk menyertai misi jihad di beberapa negara bergolak. Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mencari saki-baki mereka. Kita percaya ahli kumpulan itu mesti lebih daripada 10 orang yang ditahan ini. Kita akan pastikan tiada seorang pun terlepas dan mereka akan dibawa ke pangkal jalan.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan dan kita tidak menerima sebarang unsur militan atau mereka yang taksub dengan cara sebegini sehingga akhirnya memburukkan Islam dan negara ini sendiri," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Timed Based kepada 1,242 Koperal dan Sarjan Penjara Zon Tengah di Maktab Penjara Malaysia, di Kajang hari ini].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment