Pages

Tuesday, April 29, 2014

ANWAR BRAHIM LANTANG MENOLAK HUDUD. KATANYA HUDUD PAS TAK SESUAI DI MALAYSIA. APA KATA PAK LEBAI PAS!!

SELASA, 29 APRIL 2014
UNGKAPAN Anwar Brahim yang menolak perlaksaan hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS  yang katanya Hudud PAS tidak sesuai di laksanakan di negara ini sebiji macam meniru kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menolak hudud kerana hudud yang hendak dilakasanakan adalah merupakan hukum hudud ciptaan PAS, bukan hukum hudud dari Allah SWT. Tentang ini IBM rasa ada yang tak kena dengan penolakan Ketua Pembangkang ini. Ianya seolah-olah ada sesuatu yang Nuar Brahim takutkan hukum hudud ini. IBM rasa, para pembaca faham apa yang IBM cuba nak katakan.

Tapi, dalam pada itu, Nuar Brahim sempat dan cuba mengaleh pandangan dan cuba mencari salah orang lain dalam isu hudud ini. Seperti biasa, Umno-BN lah jadi sasaranya. Katanya Umno-BN cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Sudah-sudahlah tu Nuar. Semua orang tahu permainan politik ko. Putar-belit ko tu ada kat dalam seluar kita orang. Jangan nak salahkan orang lain. Jangan cuba nak 'menegakkan benang yang basah'. Kenyataan ko dibawah ini sudah cukup jelas, manusia apa ko ni. Jom baca, jangan tak baca ~ IBM

[PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen. "Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi. Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekali gus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah. "Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya. ‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut. "Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar lagi. Anwar turut menuduh Umno- Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan isu  ini untuk terus memecah belahkan gabungan PR itu. "Jangan terheret dengan permainan Umno-BN. "Kita harap PAS akan berbincang dengan PR terlebih dahulu sebelum pembentangan dibuat kerana ahli parlimen kita terdiri daripada pelbagai kaum," jelasnya].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. aku pun tak percaya hudud pas. nanti orgpas pasti akan terlepas dan menjadi alat menghukum musuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~MaT Kaypoh

      Itukah sebab mantan PM Tun Mahathir tidak melayan pemintaan PAS utk laksanakan hudud di Kelantan kerana itu adalah hudud PAS bukan hudud dari hukum Allah SWT.

      Delete