Pages

Thursday, April 10, 2014

SAH! ANWAR DAN KARPAL DAH NYANYUK HABIS. TAK INGAT MEREKA MASIH LAGI AHLI PARLIMEN. KELAKAR..KELAKAR!

KHAMIS, 10 APRIL 2014

BAYANGKAN  betapa daif dan bodohnya pemimpin-pemimpin pembangkang ni. Mereka dihukum bersalah di Mahkamah, tapi masih tak tahu kedudukan mereka samada masih lagi sebagai Ahli  Parlimen. Tapi...depa hadir di Parlimen. Bila di fikir-fikirkan kadang-kadang  nak ketawa pun ada. Inikah pemimpin yang di katakan dikenali oleh seluruh  dunia? Yang kelakarnya tu, apabila diberitahu oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan Penasihat DAP, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor)masih kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga penghakiman dibuat terhadap kes rayuan mereka di Mahkamah, depa tersenyum macam beruk terlepas dari Zoo. Hehehe. 


Pandikar membuat keputusan tersebut bagi menjawab soalan Karpal di Dewan Rakyat pada Khamis mengenai status beliau dan Anwar sebagai Ahli Parlimen. Katanya, beliau difahamkan Bukit Gelugor (Karpal) didenda RM4,000 manakala Permatang Pauh (Anwar) dijatuhi hukuman  penjara lima tahun. Memandangkan kedua-dua Ahli Parlimen itu sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, nasib mereka masih belum diputuskan. Oleh itu, status Ahli Parlimen mereka akan kekal, kata Pandikar. Dibawah Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama setahun dan ke atas atau denda RM2,000 dan ke atas serta tidak menerima pengampunan.


Seperti yang kita tahu, Karpal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan menghasut manakala Anwar pula dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat. Tak sabar nak tunggu keputusan dari mahkamah rayuan dan menolak rayuan dari kedua-dua kuda tua dari Pakatan Rakyat (PR) dan terus menghumban mereka ke penjara. IBM rasa, barulah aman sikit negara kita ini. Mahkamah sepatunya bertindak lebih agrasif dan tidak melayan kerenah pemimpin-pemimpin pembangkang yang seolah-olah mempermain dan memperlekehkan Mahkamah. Bila Mahkamah tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan menghentam dan menghina Mahkamah mengatakan Hakim dan Mahkamah berat sebelah dan pencacai kerajaan.

Oleh itu, bertindaklah wahai tuan Hakim. Kenapa nak takut kepada manusia seperti Nuar Brahim dan si benggali Karpal Singh ni. Dah jatuh hukum, hantar terus ke penjara. Habis cerita dan selesai masalah. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment