Pages

Monday, April 7, 2014

SEORANG LELAKI CEDERA PARAH DITEMBAK DAN DITETAK

ISNIN, 07 APRIL 2014
SEORANG lelaki cedera parah akibat ditembak dan ditetak dua lelaku selepas dilanggar dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Petaling Jaya, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata semasa kejadian, lelaki yang berumur 26 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna kelabu yang dinaiki dua lelaki pada jam 10.20 malam. "Lelaki itu yang terjatuh selepas dilanggar kemudiannya ditetak menggunakan sebilah parang namun mangsa sempat melarikan diri dengan memanjat pagar sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian," katanya.

Bagaimanapun selepas itu, berdasarkan keterangan seorang saksi di tempat kejadian, terdengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan kedua lelaki itu ke arah mangsa dan mengenai bahagian badan mangsa, katanya. "Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di tangan kiri dan punggung, dan keadaannya setakat ini dilaporkan stabil," katanya. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam.

Polis turut merampas sebilah parang panjang yang mempunyai kesan darah di dalam kawasan pagar rumah berkenaan dan satu serpihan kecil anak peluru berdekatan kawasan itu.  Arjunaidi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

No comments:

Post a Comment