WALAUPUN diaibkan dalam Facebook, namun dengan hati yang tenang Datin Rosmah menjawab balik. Berikut adalah jawapan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada satu status bergambar di facebook yang antara lain mendoakan pesawat yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah dari Perth terhempas.
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam” – Rosmah Mansor.
Dengan kenyataan balik dari Datin rosmah itu, jelas menunjukan bertapa jujur dan ikhlasnya hati seorang isteri kepada Perdana Menteri yang selalu dicemuh dan dihina. IBM tak faham apakah kesalahan Datin Rosmah sehingga manusia-manusia durjana termasuk yang terbaru ini, budak yang mentah seperti Syed Saifullah bertindak sedemekian rupa? Nampaknya budak-budak muda sekarang ini sudah dipengaruhi dan dibutakan mata mereka oleh fahaman dan dendam politik pembangkang.
Apapun, tabik sekali lagi kepada Datin Rosmah. Tentang budak Syed Saifullah yang sedang ditahan dan disiasat oleh Polis, biarkan. Biar dia rasa dan merengkok di dalam lokap buat sementara waktu. Manusia seperti ini harus di ajar dan kalau boleh mak-bapak mereka dapat mengajar anak mereka supaya membuat kebaikan bukan menghina orang dan jadilah manusia yang berguna, menjadi anak soleh seperti yang diucapkan oleh Datin rosmah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment