Pages

Tuesday, May 20, 2014

ANGIN BERTIUP KENCANG. TUN M BAKAL TERAJUI PROTON SEBAGAI PENGERUSI.

SELASA, 20 MAY 2014
BETUL atau tidak berita ini, apa nak di kesahkan. Bukan kita semua tak kenal siapa Tun Dr Mahathir, matan Perdana Menteri. Memang beliau layak jika di beri jawatan tersebut. Nampaknya, khabar angin perubahan jawatan tertinggi Proton dilihat benar apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi syarikat automobil tersebut menggantikan Tan Sri Mohd Khalid Jamil. Pelantikan yang dijangkakan berlangsung minggu hadapan itu juga akan menyaksikan Tun Mahathir dijadikan sebagai Pengerusi anak Syarikat Proton, Lotos Plc. Kertas kerja telah ditandatangani dan sebagai langkah formal, ianya akan dibentang untuk diluluskan oleh lembaga pengarah pada mesyuarat akan datang. Ini merupakan kelebihan kepada Proton.

Beliau (Tun Mahathir) mahu melihat Proton terus berjaya dengan apa cara sekalipun dan sekiranya ianya memerlukan perubahan pengurusan-mikro, beliau bersedia untuk melakukannya, kata sumber Proton kepada pemberita hari ini. Katanya lagi, Mahathir mengambil langkah besar dengan mengambil alih Proton ketika ini dikala syarikat beberapa risiko dalam kalangan industri. Tun Dr Mahathir menjadi penasihat Proton sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003. Terdahulu, bekas Pengarah Kumpulan Automotif dan Pertahanan DRB-Hicom Datuk Abdul Harith Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Moga dengan perlantikan Tun Mahathir kelak akan membawa Proton ke tahap yang lebih tinggi sekali gus kereta Nasional akan terkenal di seluruh dunia. Ada sesiapa yang tak suka ke jika Tun Mahathir jadi Pengerusi Proton? IBM mengharapkan ada yang buat komen di akhbar tempatan, barulah kita tahu siapa yang dengki dan iri hati. Sama-sama kita tunggu nanti. Wasallam ~ IBM
"TERUSKAN MEMBACA KERANA MEMBACA BOLEH MENGHILANGKAN TENSION"

No comments:

Post a Comment