Pages

Tuesday, May 20, 2014

KWSP NAFI TERBITKAN BON UNTUK SELAMATKAN MAS

SELASA, 20 MAY 2014
SIAPA le punya cerita ni. Tak habis-habis nak buat fitnah. Kalau betul , ada bukti barulah dihebohkan kepada awam. Oleh kerana cerita yang tak soheh ini, maka Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terpaksa menjelaskan bahawa ia tidak pernah menerbitkan atau melanggan bon untuk membiayai Malaysia Airlines (MAS) seperti yang dilaporkan oleh media. Akta KWSP 1991 tidak membenarkan KWSP menerbitkan bon, itu kata salah seorang jurucakap dari KWSP dalam satu kenyataan hari ini. KWSP juga berkata bentuk pembiayaan terakhir yang disediakannya bagi Syarikat Penerbangan Nasional itu adalah pada tahun 1994, yang dibayar sepenuhnya pada 2004. Satu laporan minggu lepas menyebut KWSP menyuntik wang ke dalam MAS kerana Syarikat penerbangan itu menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh kehilangan Pesawat MH370. 
Pelik....IBM rasa pelik. Apa yang mereka dapat dengan menyebarkan berita yang tak benar ini. Memang kita semua nampak dan ketahui bahawa Syarikat Penerbangan Nasional, MAS kini kian tenat dengan krisis kewangannya. Tapi, itu tak bermakna MAS minta KWSP membantu kewangan mereka dengan mengeluarkan bon seperti apa yang didedahkan sesetangah pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan. Misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab...kini ada pula pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan. IBM yakin, ada penyelamat yang akan menyelamatkan MAS daripada muflis. Insyallah. Kita tunggu dan lihat nanti. Kepada pihak yang menabur fitnah dan kalau nak menipu tu,  agak-agak le sikit. Wasallam ~ IBM
"RAJIN MEMBACA MENAMBAH ILMU. BACA JANGAN TAK BACA"

No comments:

Post a Comment