ADA orang kata politik itu kotor. Tak mahu campurlah. Tapi, sebenarnya bukan politik itu yang kotor. Orang yang berpolitik tu sendiri yang kotor, kerana mengamalkan politik kotor. Akibtnya seperti pendedahan di bawah ini. Sendiri cari penyakit. Terlalu exstream dalam politik, mulut terlalu celupar langsung tidak menghormati sensitiviti kaum lain, maka, terimalah akibatnya. Jangan salahkan orang lain. Duduk, fikir-fikirkan, salah siapa?
KUALA LUMPUR : Imigresen Sarawak meminta rakyat negeri Sarawak supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengetahui Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berada di negeri itu, lapor Utusan Borneo. Pengarah Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Jika ada rakyat negeri ini yang mengetahui bahawa Ibrahim Ali ada di Sarawak dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa maka orang tersebut boleh dianggap sebagai menentang Sarawak, katanya seperti dipetik oleh akhbar itu. Robert Lian mengulas desas-desus kononnya Ibrahim bolos ke Sarawak semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Mac lepas.
Jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai rekod kemasukan Ibrahim ke negeri itu. Jika ada pun, orang itu adalah individu lain yang mempunyai nama yang sama. Kami tidak ada rekod bahawa Datuk Ibrahim Ali ada (masuk Sarawak). Apa yang kami tahu, Datuk Ibrahim Ali umurnya 62 tahun. Orang boleh ada nama yang sama tetapi sudah pasti bukan dia. Dia tidak ada di sini pada waktu yang dikatakan itu. Dia masih dalam senarai sekatan. Kita tidak perlukan orang sepertinya dan kerana itu sekatan tersebut dikeluarkan, katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post pula. Jelas Robert, sekiranya ada gambar yang menunjukkan Presiden Perkasa itu berada di Sarawak, gambar tersebut mungkin diambil sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.
Itu semua salah satu perbuatan untuk mengapi-apikan masyarakat dan cuba menunjukkan bahawa pihak Jabatan Imigresen kononnya tidak melakukan kerja, katanya mengulas mengenai pengedaran foto berkenaan. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (gambar atas kanan) pada Mac lalu mendedahkan Ibrahim adalah antara individu yang dilarang masuk ke Sarawak kerana negeri itu tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama atau bangsa. Semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bailingan, kerajaan negeri Sarawak menyekat empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli daripada memasuki negeri itu. Pak Him, apa cerita..ada komen ke tentang isu ini? Wasallam ~ IBM. SUMBER : ANTARAPOS
No comments:
Post a Comment