Mayat suspek dijumpai terapung ditebing Sungai Petaling Jaya
AKHIRNYA mayat suspek yang dipercayai menculik dan membunuh Siti Soffea Emelda, 2, dengan cara memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing Sungai Petaling Jaya di Sunway hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan itu. Lelaki itu menculik Siti Soffea (gambar kecil kanan) dari pusat membeli-belah Kotaraya di Kuala Lumpur Khamis lalu. Polis percaya bahawa suspek cuba merogol kanka-kanak itu dan memukulnya ketika dia meronta. Ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, menuntut jasad anaknya dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam. Siti Soffea dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda dekat Gombak.
Sebelum itu dilaporkan seorang pengawal keselamatan di pusat beli-belah sebelum ini dilaporkan melihat Siti Soffea diculik tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan suspek. Suspek dikenalpasti apabila dikesan melalui rakaman video kamera litar tertutup yang diambil dari premis itu. Manakala siasatan awal polis mendapati ibunya, Siti Salmy, 32, hidup gelandangan dan menganggur. Bapa kepada Siti Soffea pula dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara. Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua yang lain kini tinggal dengan saudara-mara. Hanya Siti Soffea mengikuti ibunya, yang berasal dari Kuala Lumpur, dan mereka berkeliaran di sekitar ibu kota setiap hari.
Dalam kejadian malam itu, dua rakyat Sabah melihat seorang lelaki membawa Siti Soffea melalui rumput panjang di tebing sungai. Suspek dilihat mencekik mangsa dan menolaknya ke tanah sebelum memukul dan memenggal kepala Siti Soffea. Suspek kemudiannya terjun ke sungai selepas menyedari perbuatannya dihidu orang awam. Anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat kini sedang berusaha mencari suspek di Sungai Klang sejak semalam. Akhirnya di temui mati. Itulah, setiap perbuatan jahat, tuhan akan balas di atas dunia ini, tak payah tunggu diakhirat nanti. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment