PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP. BN diwakili Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong manakala DAP diwakili setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud. Pertandingan satu lawan satu itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penamaan calon Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, pagi tadi.
Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu, Seah menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
* Selamat mengundi semua para pengundi di Teluk Intan. Pilihlah calon yang boleh membawa manafaat pada rakyat di sana. Jangan di ulangi kesilapan lampau. Jom undi BN. tolak DAP, parti rasis. * Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
No comments:
Post a Comment