Pages

Monday, May 19, 2014

RUMAH TANGGA USTAZAH ABBY BERGOLAK..MENUJU KEHANCURAN. SALAH UMNO JUGA KE?

ISNIN, 19 MAY 2014

PETALING JAYA : Ramai peminat mendoakan agar rumah tangga pelakon Abby Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang ketika ini dipercayai sedang bergolak agar kembali pulih. Kebanyakan mereka mengharapkan agar pelakon Gerak Khas itu tabah menghadapi ujian rumah tangga mereka dengan tenang. “Sabar banyak-banyak. Kenang kembali saat manis dan pahit bersama. Saya suka tengok akak dan husband. Pedulikan apa yang orang lain cakap. “Doa kami orang yang sayangkan akak sentiasa untuk akak,” luah peminat yang menggunakan nama sue_maris menersi akaun Instagram milik pelakon itu.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status bagaimana dia menguruskan nikah sehinggalah rumah tangga mereka menghadapi ujian. “Doakanlah yang terbaik untuk yang terakhir kali,” luah Abby. Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak. SUMBER - MSTAR

KERETAKAN RUMAH TANGGA ABBY ABADI...SALAH UMNO JUGA KE?
* Itulah bahana yang Abby Abadi dapat sekarang. Dik kerana mulut tu terlalu celupar, buat fitnah sana-sini, hentam rakan-rakan sepejuangan, sekarang tuhan dah turunkan bala terhadap Abby di dunia ini. Tak payah tunggu di akhirat. Elok le rasanya Abby bertaubat..tinggalkan dunia politik yang songsang tu. Lagi pun, mana suami yang tahan dengan mulut isterinya yang terlalu celupar, dan mungkin juga si Abby ni 'Queen Control' atau kuat cemburu. Hehehehe...agaknya le. Kalau tidak takkan goyah rumah tangga depa ni. Abby, tepuk dada tanya sendiri. * Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

No comments:

Post a Comment