Monday, June 2, 2014

ISYARAT JELAS KINI ORANG MELAYU TOLAK DAPIGS.

ISNIN, 02 JUNE 2014
DAP disarankan supaya jangan terlalu angkuh dan sombong. Kekalahan mereka (DAP) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan merupakan isyarat jelas rakyat khususnya orang Melayu tidak pernah rela berteduh di bawah telunjuk parti berkenaan. Ini dijelaskan oleh beberapa orang penganlisis politik bahawa cara yang digunakan DAP dengan menjadikan calon Melayu sebagai pertaruhan bagi mendapatkan sokongan orang Melayu bertukar menjadi liabiliti kepada parti tersebut. Kekalahan calon wanita muda Melayu DAP di Parlimen Teluk Intan merupakan satu kemenangan kepada umat Islam di negara ini. Setidak-tidaknya calon itu bebas daripada dijadikan boneka perhiasan parti tersebut. 

Pemimpin DAP harus sedar hasrat untuk mendapat sokongan kaum Melayu terhadap parti itu adalah sama seperti ‘angan-angan Mat Jenin’ malah pengundi Teluk Intan sedar pakatan pembangkang mengalami masalah kepemimpinan dalaman serius sehingga berlaku pertindihan soal dasar dan polisi yang tidak konsisten, katasalah seorang dari mereka semalam. Dalam pada itu, me­ngulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus antara punca DAP kalah, mereka (penganalisis) berkata perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan. 

Persoalannya perlukah DAP menuding jari terhadap BN atas kekalahan calon mereka atau perlu menyalahkan diri sendiri serta rakan sekutu mereka yang hanya bermain sandiwara semasa tempoh kempen demi bagi mendapatkan sokongan pengundi semata-mata? kata mereka lagi.. Dalam pada itu mereka melihat kejayaan BN di Teluk Intan perlu dijadikan sebagai pemangkin kebangkitan sokongan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kerajaan BN khususnya UMNO perlu bertindak lebih agresif dalam mempertahankan agenda rakyat terutama kaum Melayu di negara ini.

IBM setuju dengan pandangan yang bernas dari penganalisis politik tersebut. Kepada DAPigs, jangan korang ingat semua bangsa Melayu korang boleh kuda-kudakan. Bersiap sedialah pada PRU ke-14 nanti. Insyallah, DAP/Pakatan haram akan tertunging. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...